Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Salam Ramadhan Al Mubarak!

Sempena hari pertama kita menyambut bulan puasa ini, Chef Imelda Harris akan berkongsi himpunan menu yang mudah, cepat dan menyelerakan. Nyums!

Bagi anda yang masih bujang atau belum berkeluarga, Chef Imelda sarankan untuk cuba masakan Linguine Tuna Carbonara.

Tak sampai 30 minit, hidangan boleh tersedia di atas meja. Menu sesuai untuk anda yang pulang kerja lewat dan mahukan juadah yang memikat rasa. Antara bahan-bahannya;

250g linguine direbus
2 biji bawang putih ditumbuk kasar
1 tin tuna di dalam air
5 biji cendawan butang dihiris nipis
40g keju feta dipotong kiub kecil
1 cawan krim masakan
Sedikit garam & minyak
Sedikit air jika perlu

Caranya mudah sahaja tau!

1) Tumis bawang dengan sedikit minyak sehingga kuning-kekuningan. Kemudian masukkan separuh cili padi, cendawan dan tuna.

2) Kemudian tumis sehingga sedikit garing.

3) Tuangkan krim, keju feta dan kacau sehingga sebati.

4) Masukkan pasta dan kacau sehingga rata.

5) Tambahkan air jika perlu dan ubah suai rasa mengikut citarasa anda.

Mudah kan? Bahan-bahan pun simple dan tak susah dicari. Untuk si bujang di luar sana, selamat mencuba!

SGMS Faida