Categories: LIFESTYLE

KENAPA MALU BERKOMUNIKASI DALAM BAHASA IBUNDA?

“ Babe, malulah cakap Melayu kat tempat macam ni, tak urban la you ni. Kita kan KL girls,”

HELLO, kalau bukan kita yang martabatkan Bahasa Ibunda, siapa lagi kan? Tanggal 21 Februari setiap tahun, dunia akan menyambut Hari Bahasa Ibunda dalam usaha memartabatkan bahasa-bahasa yang terpinggir di dunia.

Diisytiharkan oleh UNESCO Pertubuhan Bangsa Bersatu, sambutan ini adalah salah satu usaha mengiktiraf kepelbagaian bahasa dan budaya di kalangan penduduk dunia dengan menginterpretasikan bahasa ibunda mereka.

Mungkin kerana sudah terlalu selesa berbahasa Melayu atau Inggeris di rumah, kemampuan untuk berbahasa Ibunda agak terbatas.

Rakyat Malaysia perlu sedar pentingnya bahasa ibunda sebagai warisan negara dalam memperkasakan bahasa, budaya dalam konteks kepelbagaian bahasa serta budaya rakyat Malaysia.

Ketika ini, ramai yang anggap bahasa ibunda di negara ini seperti dialek Melayu Kelantan, Bahasa Punjabi, Tamil, Iban atau bahasa Orang Asli Semai tidak mencapai standard yang tinggi jika dibandingkan dengan bahasa besar seperti bahasa Melayu Standard.

Kemerosotan penguasaan bahasa ibunda dalam kalangan generasi muda agak ketara. Ini disebabkan ramai ibu-bapa masa kini tdak berminat mewariskan bahasa ibunda kepada anak mereka.

Hakikatnya, bahasa ibunda perlu terus dipelihara dan dipupuk agar sejarah, karya sastera serta tokoh bangsa kita dapat dikenali dan dihargai oleh generasi akan datang.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta kan? Belajarlah kuasai Bahasa Ibunda kita mulai sekarang ok…

 

Sumber gambar: Mumsgather

SGMS Faida