Categories: LIFESTYLE

Kencing Berbuih Merupakan Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

Tahukah anda bahawa air kencing berbuih merupakan tanda-tanda awal penyakit buah pinggang.

Perkara ini dikongsikan oleh Dr Rafidah melalui akaun Twitternya, beliau memuatnaik sekeping gambar teh tarik yang berbuih dengan kapsyen “Kalori teh tarik sebab susu pekat manis, Tapi kalau tengok toilet air kencing berbuih itu mungkin tanda awal penyakit buah pinggang.” Apa punca kencing berbuih? Bagaimana pula cara merawatnya? Disini penulis kongsikan tentang apa itu kencing berbuih atau Proteinuria.

Setiap manusia di muka bumi ini pasti mempunya protein dalam darah. Protein utama dalam darah dipanggil sebagai albumin. Protein mempunyai banyak manfaat yang penting dalam badan seperti membantu membina tulang dan otot, mencegah jangkitan dan mengawal jumlah cecair dalam darah kita.
Pasti segelintir daripada kita belum pernah mendengar tentang protein dalam air kencing atau dalam bahasa kesihatannya disebut sebagai ‘Proteinuria’. Buah pinggang yang sihat mengeluarkan lebihan cecair dan bahan buangan dari darah, tetapi tetap membiarkan protein dan nutrien penting melaluinya dan kembali semula ke aliran darah.

Apabila buah pinggang tidak berfungsi seperti biasa, ia boleh mengakibatkan protein (albumin) bocor dari tapisannya dan dikeluarkan melalui urin atau air kencing. Air kencing yang mengandungi protein dipanggil proteinuria atau albuminuria. Mempunyai protein dalam air kencing boleh menjadi tanda awal penyakit buah pinggang.

Jika anda mempunyai diabetes, mengawalnya bermakna memeriksa gula dalam darah dengan kerap, mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan oleh doktor dan mengikuti pelan pemakanan dan senaman yang sihat.

Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi pula, doktor mungkin memberitahu anda untuk mengambil ubat untuk menurunkan tekanan darah dan melindungi buah pinggang daripada kerosakkan yang lebih teruk. Jenis-jenis ubat yang boleh membantu dengan tekanan darah dan proteinuria dipanggil perencat angiotensin converting enzyme (ACE inhibitor) dan penghalang reseptor angiotensin (ARBs).

Jika anda mempunyai protein tetapi tidak mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi, perencat ACE atau ARB yang masih boleh membantu untuk melindungi buah pinggang anda daripada kerosakkan yang lebih teruk.

Walau bagaimanapun, berjumpalah dengan doktor atau pakar kesihatan untuk mendapatkan nasihat dan berbincang tentang pemilihan rawatan yang terbaik untuk anda.

Sumber: Dr Rafidah
          VitaminKita.net
SGMS Enal