Menerusi salah satu status yang dimuat naik Facebook Halal Japan, mereka mengumumkan bahawa sesetengah produk yang dikeluarkan oleh Nestle KitKat Japan adalah tidak sesuai bagi pengguna yang beragama Islam.
Hal ini adalah kerana, produk makanan coklat itu ada yang dihasilkan menggunakan bahan berasaskan lembu dan khinzir.
Perkara ini telah disahkan pada 7 Disember 2018 lalu, selepas beberapa e-mel dihantar serta mereka dipercayai menghubungi terus dengan pihak Nestle di Jepun.
Walau bagaimanapun, status Halal coklat ini hanya bagi coklat KitKat di pasaran Jepun sahaja
“Selepas menghantar e-mel dan menghubungi pihak Nestle Jepun berkenaan produk KitKat, mereka memberitahu bahawa KitKat mengandungi bahan berasaskan lembu dan khinzir yang tidak sesuai diambil oleh Muslim. Terdapat KitKat yang tidak mengandungi shortening, tetapi telah bercampur aduk di dalam barisan pengeluaran.”
Dibawah adalah senarai 26 jenis KitKat dikeluarkan di Jepun yang diragui status Halalnya.
Oleh yang demikian, SK cuba mendapatkan pengesahan maklumat diatas daripada Nestle Malaysia sendiri. Menurut Nestle Malaysia, produk KITKAT yang dijual di Jepun memang benar tidak mendapat sijil HALAL dan juga tidak selamat untuk orang Islam.
Portal rasmi Nestle Jepun juga ada menyatakan bahawa tiada sijil halal diperoleh melalui pengeluaran di sana.
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza