Categories: LIFESTYLE

Petua Elak Cicak Masuk Dalam Rumah

Nampak kecil dan tidak berbahaya, tapi kehadiran cicak dalam rumah boleh mengganggu anak-anak kecil dan haiwan peliharaan

Ini kerana jika dibiarkan, ia akan menjadi penghuni tetap dalam rumah, menjadikan perabot sebagai sarang seterusnya membiak dalam rumah.

Bagaimana nak elakkan cicak dari masuk dalam rumah ? Jom ikut petua ini

KULIT TELUR

Cicak tidak suka bau telur. Oleh itu, letak kulit telur di ruang kosong tepi tingkap atau pintu untuk elakkan dari dimasuki oleh cicak.

Jangan lupa gantikan dengan baru selepas tiga minggu digunakan.

SERBUK KOPI

 

Letak sedikit serbuk kopi dalam bekas. Masukkan juga serbuk tembakau dan gaul.

Ambil pencungkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di atasnya kemudian lalukan pada serbuk yang sudah digaulkan.

Letak di tempat yang boleh dimasuki oleh cicak dan juga belakang almari. Cicak akan mati apabila makan serbuk ini.

BAWANG PUTIH/MERAH

Cicak benci bau bawang putih dan merah. Gantung atau letak bawang di tingkap atau pintu.

Boleh juga kisar bawang bersama sedikit air. Sembur jus ini di sekeliling rumah.

AIR SEJUK

Sembur air pada cicak. Lagi sejuk lagi bagus kerana ia akan melumpuhkan pergerakan cicak.

AMALKAN KEBERSIHAN

Sebaiknya pastikan segala pinggan mangkuk yang kotor dicuci dengan segera.

Jadi, tiada saki baki sisa makanan di kaunter dapur mahupun lantai yang boleh menarik perhatian serangga mengerumuninya sekaligus menarik perhatian cicak untuk menangkap serangga-serangga ini.

SGMS Enal