Categories: LIFESTYLE

Simptom-Simptom Anemia

Anemia adalah keadaan di mana jumlah sel darah merah yang sihat dalam salur darah menjadi rendah berbanding biasa. Sel darah merah membekalkan oksigen kepada tisu-tisu badan bagi membolehkannya untuk menghasilkan tenaga melalui aktiviti metabolisma.

Dalam keadaan seperti leukemia, anemia berlaku akibat daripada pencerobohan atau pengumpulan sel kanser dalam sumsum tulang sehingga penghasilan sel darah merah menjadi terencat. Antara simptom anemia yang perlu anda perhatikan dalam anak-anak anda adalah:

 Simptom-simptom menyeluruh (Constitutional symptoms)

Simptom-simptom seperti kurang selera makan, susut berat badan dan juga demam yang kronik adalah contoh simptom-simptom menyeluruh yang boleh berlaku dalam seseorang yang sedang menghidap kanser.

Simptom-simptom tersebut berlaku akibat daripada pengaruh kanser terhadap metabolisma badan dan juga kesannya terhadap keradangan dalam badan.

Kurang selera makan juga boleh berpunca daripada kesan pembengkakan atau pembesaran organ-organ dalam abdomen (akibat penyebaran dan pertumbuhan sel kanser ke organ tersebut) yang menekan dinding perut, memberi rasa ‘penuh’

Simptom-simptom berkaitan dengan anemia

  1. Kerap merasa letih dan lesu

  2. Senang tercungap-cungap apabila melakukan aktiviti fizikal sederhana

  3. Jantung berdebar-debar 

  4. Rasa sakit atau pening kepala

  5. Kulit menjadi pucat

3. Mudah untuk lebam dan berdarah

Salah satu komponen penting yang dihasilkan oleh sumsum tulang adalah platelet. Platelet berfungsi untuk menutup luka, menutup kebocoran dalam salur darah dan menghalang pendarahan.

Oleh yang demikian, penghidap leukemia akan mudah mendapat kesan lebam pada badan mereka akibat daripada gangguan keupayaan platelet ini. Mereka juga boleh mengalami pendarahan di gusi dan juga melalui hidung mereka. 

4. Kerap mendapat jangkitan

Tanda ini merupakan satu tanda yang agak ironik untuk penghidap leukemia kerana dalam badan mereka terdapat jumlah sel darah putih yang cukup banyak. Sel darah putih adalah komponen penting dalam sistem imun badan kerana ia memainkan peranan untuk melindungi badan kita daripada jangkitan. Jika anak anda kerap mendapat jangkitan, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem imun mereka. 

5. Sakit sendi dan tulang

Kanak-kanak yang menghidap leukemia boleh mengalami rasa sakit pada bahagian sendi dan juga tulang mereka. Simptom ini terjadi akibat daripada pengumpulan sel-sel kanser di bahagian permukaan tulang atau di dalam sendi itu sendiri.

6. Kelenjar membengkak

Selain sumsum tulang, kelenjar (lymph nodes) juga boleh mengalami pengumpulan sel-sel kanser. Kanak-kanak ataupun ibu bapa mungkin akan perasan kewujudan benjolan atau pembengkakan kelenjar ini di bahagian leher, sekitar tulang selangka (clavicle), celah kangkang dan juga di bahagian ketiak.

Kelenjar di bahagian dada (thymus) dan leher yang membengkak berupaya untuk menghalang peraliran darah dan juga saluran pernafasan. Ini boleh menyebabkan anak-anak anda berdengkur ketika tidur, mempunyai masalah tidur (rasa letih selepas bangun tidur), sukar untuk bernafas dan muka mereka menjadi merah dan membengkak.

 

Sumber : Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab/Hello Doktor

SGMS Enal