Categories: FESYENLIFESTYLE

Tips Pemilihan Pakaian Untuk Wanita Ketika Umrah

Alhamdulilah menerima panggilan dan jemputan ke tanah suci. Pemilihan pakaian ataupun outfit planning bukan di antara kebimbangan pertama yang ditekankan. Tetapi khusus untuk perempuan, sebenarnya pemilihan pakaian sesuai adalah amat penting untuk memudahkan pergerakan dan keselesaan untuk beribadah di sana.

PEMILIHAN JUBAH, SELESA BERIBADAH, LEBIH BERIBADAH

Di Masjidil Haram khususnya, agak sukar untuk mengambil wudhu kerana lokasi tandas dan tempat ambil wudhu yang terletak jauh di luar masjid. Sebaiknya, pilih baju yang sedia wudhu-friendly supaya kita boleh mengambil wudhu menggunakan air yang dibawa di dalam botol.

JUBAH SELUAR MEMUDAHKAN PERGERAKAN KE TEMPAT BERSEJARAH

Pakailah jubah seluar untuk memudahkan pergerakan dan menjaga aurat ketika mendaki bukit. Kalau ingin memakai jubah biasa, pastikan seluar yang dipakai di dalam tidak ketat ya!

TUDUNG INSTANT PELBAGAI GAYA DAN SYARIAH-COMPLIANT

kita ingin memelihara wudhu, dan tudung yang dipakai dibawa terus untuk bersolat, terutamanya ketika berhenti untuk berniat di miqat. Jika perlu ambil wudhu sekalipun, tudung yang dibawa haruslah senang dibuka dan dipakai semula, kerana kadangkala kita digesa untuk cepat di atas kekangan waktu atau mengejar waktu solat fardhu di masjid.

Baju yang dibawa juga haruslah agak ringan, dan tidak terlalu tebal sehingga beg yang dibawa menjadi berat. Ini akan menyukarkan kita untuk bergerak, dan kita juga tidak akan dapat mengisi beg dengan pelbagai hadiah seperti kurma dan air zam-zam. Rugi, kan?

Sumber : ELLEZADA

SGMS Enal