Categories: Trendsetter

Cool Teruk! Ini Foto-Foto Sekitar Konsert Penjarakan Sosial Pertama Di Dunia

Tidak dinafikan, pengamalan penjarakkan sosial yang perlu dipatuhi pada saat ini telah membataskan kita untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Pasti ada yang antara kita yang sudah mula merindui travel di merata negara atau pergi ke konsert kan? Kedua aktiviti ini ternyata mampu memberikan rileks dan dapat melepaskan stres setelah penat belajar ataupun kerja.

Sejak berlakunya pandemik covid-19 yang melanda dunia pada waktu ini, sebarang aktiviti perhimpunan telah dibataskan selaras SOP yang sudab termaktub ketuka ini.

Kita tidak boleh sewenang-wenangnya keluar pada waktu ini. Ingat, virus corona belum “pergi” lagi dalam kehidupan kita tau.

Pada 13 Ogos lalu, negara Britain telah menjalankan satu ujikaji di mana mereka telah menganjurkan sebuah konsert hiburan yang mengamalkan penjarakkan sosial. Wah, khabarnya konsert ini telah mendapat sambutan yang baik dan bakal diajurkan lagi pada masa akan datang.

Best ke konsert versi penjarakkan sosial ni? Jom kita tengok gambar-gambar di bawah!

Konset Sam Fender di Virgin Money Unity Arena yang berlokasi di Gosforth Park, Newcastle ini merupakan konsert social distancing pertama ketika pandemik.

Nama pun konsert penjarakkan sosial kan. Mana boleh bersesak-sesak seperti kebiasaannya. Di lokasi konsert tersebut telah dipasang pembatas berbentuk kotak dari besi untuk penonton. Satu kotak pembatas boleh memuatkan sehingga lima orang.

Menurut CNN.com, Seramai 2500 orang penonton yang telah menghadiri ke konsert pertamaa berkonsep social distancing ini.

Semasa konsert tindie-rock Sam Fender ini diadakan,artis Van Morrison, dan pelawak Jimmy Carr dan Bill Bailey turut hadir memeriahkan suasana.

Ketika memasuki venue konset pun, penonton diwajibkan melakukan cek suhu secara berkala, memakan hand sanitizer dan pelitup muka serta sentiasa dipantau untuk selalu menjaga kebersihan semasa konsert sedang berlangsung.

Meskipun jarak pandang dari tempat duduk ke pentas agak jauh, namun para penonton kelihatan sangat seronok dan enjoy the moment gitu. Mungkin kerana para penonton sudah terlalu rindu untuk bersosial dan pergi ke festival seperti ini.

Selagi pengamalan SOP dilaksanakan di sesebuah tempat, tidak ada salahnya kita turut serta kan? Korang juga perlu sentiasa ingatkan diri sendiri untuk menjaga keselematan diri semasa di tempat terbuka.

Britain dah berjaya laksanakan konsert penjarakkan sosial, Malaysia bila lagi?

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover