[VIDEO] Tempat Simpanan Kereta Pecah, Barang Achey ‘Lesap’

Pelawak Achey memberitahu tempat simpanan di atas keretanya dipecah dan memohon kepada sesiapa yang mengambil barang peribadi miliknya untuk memulangkan semula.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, kejadian tersebut berlaku semasa perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur dan menyedari hal itu semasa tiba di Behrang, Perak.

“Semalam (Isnin) ketika dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur, tong tempat simpanan ini pecah dan terbuka. Kosong terus barang-barang di dalamnya. Mungkin terbang ketika kereta sedang bergerak.

“Sampai di kawasan Behrang, baru saya tersedar… kalau ada yang terjumpa boleh hubungi saya di Instagram. Saya minta jasa baik orang ramai,” katanya.

Menurut Achey, selain beg pakaian dan kasut, terdapat beberapa dokumen penting turut hilang akibat kejadian tersebut.

“Dalam ini (tempat simpanan) ada kasut, beg pakaian dan dokumen. Beg baju pun boleh terbang rasanya. Cuma yang Penting adalah dokumen dalam plastik berwarna hijau yang saya letakkan di situ.

“Banyak barang berharga yang hilang,” ujarnya.

Selain itu, Achey juga tidak menafikan kemungkinan barang-barang tersebut terjatuh disebabkan pemanduannya yang agak laju ketika itu.

Maya Basir