Categories: Oh Lawa

13 Design Kasut Flats Yang Sesuai Untuk Dipakai Pada Hari Perkahwinan Anda

Ini adalah fakta: Kasut tumit tinggi bukanlah sejenis aksesori yang wajib dipakai pada hari perkahwinan anda.

Masa dah berubah, dan dengan pelbagai pilihan kasut flats yang menarik di luar sana, rasanya tak salah kalau anda lebih pentingkan keselesaan daripada gaya pada hari bahagia anda.

Lagipun, jenis-jenis kasut flats yang ada di pasaran banyak yang fashionable, jadi anda masih boleh bergaya kalau nak. Alah, kalau pakai high heels pun, bukannya selesa, betul tak? 

Mesti sengsara kalau anda nak kena berdiri berjam-jam dan berjalan tengah panas dalam baju pengantin yang tak selalunya selesa.

Jika anda tak berapa tahu stail kasut flats yang macam mana yang sesuai untuk majlis perkahwinan anda, anda boleh rujuk kepada contoh-contoh kasut di bawah.

Jenama-jenama yang ditampilkan mungkin tak boleh didapati di Malaysia, ataupun tak kena dengan bajet anda.

Tak apa! Ambil saja inspirasi daripada design mereka, dan cari versi-versi jenama yang anda boleh dan mampu beli. Apa-apa pun, ingat, ya! Pastikan ia boleh bantu anda berdiri dengan selesa pada hari yang penting ini.

Sumber: Vogue

Ad Ops