Categories: Oh Lawa

15 Reka Bentuk Anting-Anting Leather Yang Tengah Trending Sekarang

Barangan kulit dalam fesyen sudah lama popular. Nampaknya ia akan kekal chic pada masa akan datang kerana kini dah ada bermacam-macam jenis leather yang dihasilkan seperti suede dan faux.

Barangan kulit juga mudah untuk dipadankan dengan item pakaian lain. Pada masa yang sama, ia memberi rupa classy kepada si pemakai.

Sebelum ini kita dah biasa lihat barangan kulit dalam bentuk pakaian, kasut dan beg tangan. Bagi trend masa kini pula, leather kini sering digayakan sebagai anting-anting.

Ya, anda mungkin akan rasa pelik. Macam mana barangan kulit boleh dijadikan sebagai aksesori fesyen ini. Tapi bila fikir balik, ia memang mudah untuk dipakai dan disesuaikan dengan rupa fesyen.

Tak kisahlah anda nak peragakan gaya bohemian, rock-and-roll atau minimalis, anda pasti akan jumpa anting-anting leather yang ngam.

Anting-anting gegelung kulit yang bersalut emas sesuai dipadankan dengan evening gown atau pakaian business-casual. Anting-anting bermanik dan berbentuk chandelier pula akan membantu upgrade daripada rupa boring ke statement.

Selain itu, anting-anting leather boleh membuatkan rupa pemakainya nampak lebih edgy tapi ia taklah seganas sehelai jaket kulit atau kasut boot combat.

Di bawah ini, anda boleh lihat sendiri design anting-anting leather yang popular dan trendy sekarang. Ambil inspirasi dari mereka supaya anda boleh pilih sendiri ketika di kedai.

Foto: Nordstrom

Foto: Farfetch

Foto: COS

Foto: Macy’s

Foto: Francesca’s

Foto: Mango

Foto: Free People

Foto: Free People

Foto: My Theresa

Foto: & Other Stories

Foto: Free People

Foto: Forever 21

Foto: Francesca’s

Foto: Amazon

Foto: Amazon

Sumber: Stylecaster

Ad Ops