Categories: Oh Lawa

4 Cara Ketahui Jenis Kulit Anda Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

Sebelum nak cuba dapatkan kulit yang cantik, licin dan perfect, anda kena tahu dulu apa jenis kulit anda: kering, berminyak, normal atau kombinasi.

www.beautyheaven.com.au

Bila dah tahu jenis kulit barulah anda boleh pilih produk mana sesuai dengan kulit anda. Contohnya jika kulit anda kering, pelembap oil-free memang takkan membantu.

Nak tahu macam mana nak pastikan apa jenis kulit anda? Anda hanya perlukan sehelai tisu je!

Mula-mula, ikut cara mudah dan tepat ni:

  1. Cuci muka anda betul-betul dengan pencuci muka biasa dan keringkan dengan tuala.
  2. Jangan pakai apa-apa produk, dan kalau boleh jangan sentuh langsung selama sejam ke tiga jam.
  3. Kemudian, koyakkan sehelai tisu kepada 4 bahagian dan lekatkan setiap satu pada dahi, hidung, dagu dan salah satu pipi.
  4. Selepas beberapa ketika, perhatikan apa yang berlaku kepada helai-helai tisu tersebut.

Jika keempat-empat helai tisu tersebut luruh dengan segera dan langsung tidak mempunyai kesan minyak, anda mempunyai kulit kering.

Pilih pencuci muka yang lembut dan ringan yang tak akan menghilangkan semua minyak dari kulit. Cari produk yang mengandungi ramuan yang melembapkan seperti hyaluronic acid. Untuk pelembap pula, cari produk yang berbentuk lotion atau krim pekat.

Jika tisu tersebut melekat untuk beberapa saat sebelum luruh dengan tiada kesan minyak, anda mempunyai kulit normal.

http://www.renaza.com

Pilih produk skincare yang lembut dan hydrating. Kalau nak kulit anda nampak lagi lembap, pakai juga serum antioksida.

Jika tisu tu melekat pada kulit dan anda nampak kesan minyak padanya, anda mempunyai kulit berminyak.

http://www.renaza.com

Pilih pencuci muka yang berasaskan air atau mempunyai tekstur gel yang ringan. Produk yang tebal akan buat kulit anda lebih berminyak dan liang pori kulit tersumbat. Cari produk yang bebas dari sulfate dan mengandungi ramuan seperti Salicylic acid.

Jika tisu hanya melekat pada dagu dan hidung atau dahi dan ada sedikit kesan minyak padanya, anda mempunyai kulit kombinasi.

http://www.renaza.com

Jenis kulit ini complicated sikit sebab anda mesti pilih produk yang seimbang. Ia mesti beri kelembapan yang secukupnya tanpa menyebabkan pori tersumbat. Cari pencuci muka yang bebas dari sulfate, elakkan dari memakai toner yang penuh dengan alcohol, dan pilih pelembap yang ringan.

Mudah je kan? Dah tahu yang mana jenis kulit anda? Lepas ni bolehlah beli produk skincare dengan confident!

Sumber: www.renaza.com

Ad Ops