Categories: Oh Lawa

4 Tip Cantik Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Amalkan

Adakah anda mengamalkan rutin penjagaan wajah pada waktu malam? Mungkin ada dalam kalangan anda yang lebih mengutamakan rutin penjagaan kulit pada waktu siang berbanding malam. 

Tapi, rutin penjagaan waktu malam juga sama pentingnya dan perlu diambil berat. Ini kerana, rutin penjagaan waktu malam mampu menjadikan kulit anda cantik dengan lebih sempurna.

Kalau nak cantik, janganlah malas untuk menjaga dan mengamalkan rutin cantik ya! Jadi, penulis senaraikan 4 tip cantik yang perlu anda lakukan sebelum tidur.

1. Gunakan krim pelembap malam

Foto: Azhan.co

Biasanya, anda guna krim malam sebelum masuk tidur kan? Tapi, adakah anda memakai krim pelembap juga?Sebenarnya, krim pelembap berfungsi untuk membantu mengelakkan kulit daripada menjadi kering ketika tidur. 

Terutamanya, jika anda tidur di tempat yang sejuk dan berhawa dingin. Kulit wajah anda akan mudah kering ia akan menyebabkan tanda-tanda penuaan cepat muncul seperti kedutan dan kulit menjadi kusam. Sebaiknya, gunakan krim pelembap yang dirumus khas untuk penggunaan waktu malam kerana teksturnya lebih ringan dan tidak melekit.

2. Membersihkan wajah

Foto: Kawaii Beauty Japan

Sangat penting ya untuk mencuci wajah sebelum tidur! Ini kerana, jika anda tidur tanpa mencuci wajah dengan sempurna terlebih dahulu, sisa solekan akan melekat pada wajah yang akan menyebabkan proses pertumbuhan kulit terbantut. 

Bukan itu saja, wajah anda juga akan mudah ditumbuhi jerawat, gatal-gatal dan iritasi. Jadi, jangan sekali-kali lupa untuk membersihkan wajah anda selepas pulang daripada bekerja ataupun melakukan aktiviti seharian.

3. Gunakan masker

Foto: Kawaii Beauty Japan

Anda juga perlu mengamalkan pemakaian masker. Tidak kiralah apa jua jenis masker asalkan ia memberi manfaat kepada kulit wajah anda. Pemakaian masker adalah penjagaan tambahan untuk kulit anda. Cukup sekadar 3 atau 4 kali seminggu.

4. Menggosok gigi

Foto: NU Online

Pasti anda tertanya-tanya apa kaitan menggosok gigi dengan kecantikan. Sebenarnya, gigi yang rosak dan kuning pastinya akan menjejaskan penampilan wajah anda secara keseluruhannya.

Kesimpulannya, kalau anda inginkan wajah anda sentiasa sihat, cantik dan berseri, anda perlu disiplin dengan mengamalkan rutin penjagaan kulit wajah pada waktu siang mahupun malam. Jangan malas kalau nak cantik ya!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Jelita

tex_admin