Jom Tanya Ustaz, Apa Hukum Guna Wifi Tanpa Izin?

Sebilangan besar daripada penduduk dunia hari ini bergantung kepada penggunaan internet. Bukan di darat sahaja permintaan menggunakan wifi masih mendapat permintaan ketika berada di udara. Hebat betul impak penggunaan wifi terhadap manusia. 

Pendek kata, WIFI dan manusia, berpisah tiada…

Dalam pada itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi perkongsian terbaru di Instagramnya memberitahu tidak salah untuk pengguna menggunakan wifi di premis yang memiliki kata laluan namun harus mendapat keizinan pemilik tersebut.

“ Tidak dibolehkan untuk menggunakan wifi yang tidak diletakkan ‘password’ kecuali setelah mendapat keizinan daripada pemilik wifi tersebut.

“ Namun, penggunaan tersebut adalah dibolehkan jika sekiranya kita mengetahui bahawa pemilik wifi tersebut reda dan mengizinkannya,” tulis Dr Zulkifli.

Semoga pencerahan ini memberi manfaat kepada semua. Jangan guna wifi jiran tanpa kebenaran ya, itu ibarat mencuri tau!

 

SGMS Faida