Categories: Oh Lawa

7 Tips Kecantikan Menggunakan Madu Asli. Mudah Dan Murah!

Dah lah sedap dimakan, madu juga sangat berguna untuk menyembuhkan masalah kulit serta rambut!

Foto: Getty Images

Selain mempunyai sifat-sifat anti-bakteria dan anti-kulat, madu juga berupaya untuk mengekalkan kelembapan apabila disapu. Anda mungkin tak pernah tahu, kan?

Jom tengok apa yang anda boleh buat dengan madu. Tapi kalau nak lebih efektif, gunakan madu asli tau. Ini kerana madu asli belum diproses dan masih mengandungi kebaikan semulajadi.

Kulit kering

Foto: www.1ciltbakimi.com

Madu mengandungi asid glukonik dan alpha-hydroxy acids (atau AHA) yang membantu menanggalkan sel-sel kulit mati. Pada masa yang sama, madu juga mengandungi asid amino yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit.

Jadi anda boleh gunakan madu untuk buat scrub anda sendiri. Campurkan 1 sudu besar madu dengan 1 sudu besar gula perang dan 1 sudu kecil jus lemon. Kalau kulit anda senang berjerawat, masukkan juga setengah sudu kecil serbuk kayu manis yang akan meningkatkan lagi elemen anti-bakteria scrub anda.

Bibir kering

Madu boleh mengelupas sel-sel kulit dan pada masa yang sama, ia mengekalkan kelembapan. Itu sebabnya ia memang efektif untuk menyembuhkan kulit bibir yang kering. Sapukan sikit pada bibir sebelum tidur. Bila bangun nanti, gerenti bibir anda lembut.

Tumit retak

Sama juga seperti kulit bibir, tumit anda yang kering atau retak boleh dilembutkan dengan madu. Sapukan pada tumit dan pakai stokin. Esok pagi, mesti licin. Stokin tu jangan lupa basuh tau!

Rambut kering

Foto: www.jetajone.com

Selain melembapkan, madu juga boleh memberikan sinar pada rambut. Buat hair mask anda sendiri dengan mencampurkan 1 sudu besar madu asli dengan 2 sudu besar minyak zaitun (atau minyak kelapa dalam bentuk cecair). Lumurkan sampai ke hujung rambut. Bungkuskan rambut dengan shower cap dan biarkan selama 20 minit. Kalau anda tak cukup masa, campurkan je madu dengan conditioner anda. Bila anda pakai conditioner tu, biarkan selama 5 minit sebelum cuci.

Jerawat

Sifat antiseptik madu boleh membantu bunuh bakteria apabila ia disapu pada jerawat. Ia juga akan mengurangkan bengkak dan pada masa yang sama merawat kulit anda supaya tidak meninggalkan parut. Anda boleh juga menggunakan madu untuk menghilangkan bekas jerawat. Cubalah!

Sunburn

Jika anda telah berjemur di bawah matahari lama sangat atau kulit anda terbakar, sapukan madu ke atas kulit dengan berus makeup bersih. Pastikan kulit anda sentiasa ditutup supaya ia cepat sembuh. Madu tu akan melindungi kulit anda dari jangkitan kuman serta mempercepatkan proses pemulihannya.

Sumber: Cosmopolitan

Ad Ops