Categories: Acara

Noh Salleh, Bunkface, SonaOne, Kugiran Masdo, Nabila Razali Bakal Gegarkan Pentas Konsert Gegaria Fest Ipoh. Gerenti Happening!

Berita baik untuk semua, Gegaria Fest kini kembali lagi menggegarkan hujung minggu anda! Festival yang bertujuan untuk menyatukan golongan belia yang sentiasa dihargai dan memberikan mereka sebuah platform untuk mengekspresikan diri selama satu hari.

Kali ini, Gegaria Fest akan berlangsung pada 24 Mac ini, di Dataran Amanjaya, Meru, Ipoh Perak. Ini merupakan lokasi keempat dalam siri penjelajahan Gegaria Fest setelah menarik lebih 30,000 orang pengunjung di Gegaria Fest Kuantan pada 24 Februari lalu. Happening kan? Tak percaya tengok video ini.

Anda jangan lepaskan peluang tau untuk datang ke Gegaria Fest kali ini kerana pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang boleh disertai. Antaranya adalah Gegaria Zumba, Gegaria Makan-Makan, Gegaria Throwback Tunnel, Gegaria e-Games, Gegaria Traditional Games, Gegaria Lifestyle, Gegaria Concert dan Gegaria Community. 

Bagi yang gemarkan muzik dan ingin menyaksikan artis-artis favourite anda dengan lebih dekat, Konsert Gegaria akan berlangsung di pentas utama seawal jam 4 petang sehingga 6 petang, manakala pada sebelah malam pula akan bermula pada 8.45 malam sehingga 11 malam. Antara artis yang akan membuat persembahan pada kali ini adalah Noh Salleh, Bunkface, SonaOne, Kugiran Masdo, Nabila Razali dan ramai lagi!

Best weh! Kalau anda ingin merasai keseronokkan Gegaria Fest ini jom ramai-ramai serbu Dataran Amanjaya, Meru, Ipoh Perak pada 24 Mac ini OK! Layari Instagram GoGegaria dan Facebook GoGegaria untuk maklumat terkini. Jangan lupa #GoGegaria dan #KitaOK ya, kasi happening lagi!

tex_admin