Categories: Trending

Halang Laluan Pejalan Kaki, Romah Makan Terlajak Laris Milik Jutawan Aliff Syukri Diserbu MBPJ!!!

Selepas aksi lakonan menerusi filem perdananya, Badang mendapat kritikan hebat seluruh penggiat industri perfileman termasuk para netizen, Datuk Seri Aliff Syukri, sekali lagi diuji apabila restoran miliknya yang beroperasi di Jalan PJU 5/20e, Kota Damansara, diserbu penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Serbuan di restoran Romah Makan Terlajak Laris itu diadakan kira-kira jam 8.30 malam, dipercayai kerana meletakkan meja yang menghalang laluan pejalan kaki.

Aliff Syukri sempat melakukan live di akaun Facebooknya sekaligus meluahkan kekecewaan terhadap tindakan pihak penguatkuasa yang turut merampas peralatan perniagaan yang diletakkan di laluan berhadapan premis berkenaan.

Sedangkan terdapat banyak lagi restoran sekitar kawasan itu melakukan perkara sama dan paling mengecewakan tindakan tidak diambil bagi pengusaha restoran bukan Melayu.

 

Foto : Facebook

Ekoran kejadian itu ramai peminat Aliff Syukri mempertikaikan tindakan MBPJ yang terlalu keras terhadap pengusaha restoran Melayu.

Difahamkan, pihak MBPJakan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung kejadian itu.

Foto : Instagram

 

Yanie Baharom