Categories: Trending

Dinobat Kanak-Kanak Perempuan Paling Cantik Di Dunia, Ramai Lelaki Ajak Anastasia Knyazeva Dating!

Baru berusia 7 tahun, namun ramai lelaki mengajaknya keluar dan apa yang mengejutkan kebanyakan mereka adalah golongan dewasa. 

Tidak dapat dinafikan, Anastasia Knyazeva yang lebih mesra dipanggil Anna, seorang kanak-kanak yang sangat comel dan cantik, sehingga dinobatkan sebagai ‘budak perempuan paling cantik di dunia’ selepas memperoleh lebih 1.1 juta pengikut di media sosial.

Foto : Instagram Anna Knyazeva

Bahkan jumlah pengikutnya lebih ramai berbanding selebriti terkenal di United Kingdom.

Anna memiliki sepasang mata biru bulat yang cukup menawan dan aset itulah yang sentiasa mendapat pujian daripada pengikutnya walaupun mereka tidak mengenalinya.

Foto : Instagram Anna Knyazeva

Akaun media sosial Anna yang dikendalikan ibunya yang juga bernama Anna dikatakan bakal mengikut jejak langkah model kanak-kanak, Thylane Blondeau yang mendapat perhatian ramai pada 2007 dan ketika itu juga berusia enam tahun. Blondeau adalah model paling muda yang diketengahkan majalah Vogue edisi Perancis. 

Bagaimanapun, realitinya ada juga yang tidak meminati akaun Instagram Anna. Ada yang mendakwa ibu bapa Anna telah menyolek anak mereka keterlaluan.

Foto : Instagram Anna Knyazeva

Yanie Baharom