Categories: Acara

Gegaria Fest Cabar Penduduk Ipoh Pecah Rekod ‘Fitness Dance’ di Kuantan, Pahang! Ada Berani?

Kemeriahan Fitness Dance sempena pembukaan festival GegaRia di perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang, pada 24 Februari lalu, dengan jumlah 800 peserta sekaligus merekodkan penyertaan teramai berbanding dua edisi sebelumnya, masih dirasai sehingga kini.

Masakan tidak, segmen itu menyaksikan penyertaan peserta pelbagai peringkat umur iaitu daripada umur lima tahun hingga ke 60 tahun sekaligus mewujudkan semangat kekeluargaan.

Foto : NSTP

Apakah rekod ini mampu diulangi atau dipecahkan oleh orang-orang Ipoh? Tiada yang mustahil! Kerana apa yang anda perlu buat adalah dengan mendaftar di https://goo.gl/forms/odKrWblee7qM89sm2 , untuk menyertai Fitness Dance kendalian Hanif Shawn yang memang happening dan paling penting menyihatkan badan!

Yang paling best, anda yang daftar awal berpeluang untuk dapat merchandise Gegaria yang exclusive ini (T-shirt, Drawstring Bag & Bandana) secara percuma tau!

Foto : NSTP

Festival GegaRia kali ini juga turut memperkenalkan pengisian baru iaitu pertandingan Dance Off Challenge, bagi merancakkan lagi program sesi pagi yang bakal berlangsung di Dataran Amanjaya, Ipoh, Perak, pada 24 Mac depan.

 

Foto : NSTP

Pelbagai hadiah menarik menanti anda, so tunggu apa lagi? Segeralah mendaftar sekarang agar anda tidak ketinggalan menjadi salah seorang pemenang!

Jom klik https://goo.gl/forms/odKrWblee7qM89sm2 untuk mendaftar! Untuk maklumat lanjut anda boleh follow Instagram GoGegaria dan Facebook GoGegaria ya. See you there!

Yanie Baharom