Categories: Oh Lawa

Belum Puas Mengubah Peraturan Fesyen Diraja, Kali Ini Meghan Markle Memilih Untuk Pakai Pantsuit

Sejak mengahwini Putera Harry pada Mei lepas, bekas pelakon Amerika, Meghan Markle telah menjadi salah seorang wanita di dunia yang gaya fesyennya kerap diperhati.

Oleh kerana itu, dia nampaknya telah mengubah citarasanya supaya penampilannya sesuai dengan statusnya sebagai isteri seorang putera diraja.

Pada masa yang sama, dia juga sering dilihat memperagakan outfit yang jarang kita lihat golongan wanita diraja pakai.

Contohnya, pada Jun lalu, dia telah tampil ke majlis hari jadi Ratu Elizabeth dalam sehelai off-the-shoulder dress oleh Carolina Herrera.

Foto: Chris Jackson/Getty Images

Kerana dadanya sedikit terdedah, ada beberapa orang yang telah meluahkan pendapat bahawa ia “tak sesuai” untuk majlis sebegini.

Mereka mengatakan bahawa Meghan patut mengikut tradisi fesyen wanita diraja Britain dan tinggalkan budaya Amerikanya.

Sebenarnya tak ada peraturan formal pun yang menghalang wanita diraja Britain daripada memakai dress dengan rekabentuk begini. Kakak ipar Harry, Kate Middleton, pun pernah pakai.

Jika mereka menganggap gaya itu tidak sopan, Meghan juga telah memperagakan dress yang tak terlalu mendedahkan di bahagian dada.

Kini, salah satu trend fesyen yang semakin menjadi sinonim dengan Meghan adalah dress yang mempunyai boat neckline, seperti di dalam gambar di bawah.

Foto: Getty

Dan nampaknya, baru-baru ini, telah terbukti yang dia masih tak takut untuk lari daripada pakaian dress yang dah menjadi sinonim dengan fesyen diraja.

Sewaktu lawatan formal dengan suaminya di Dublin, Ireland, Meghan tampil mempersona dalam sebuah pantsuit berjenama Givenchy! Memang lain daripada apa yang dia selalu pakai selama ini.

Foto: Chris Jackson/Getty Images

Foto: Getty

Sebelum ini pada bulan February, dia pernah pakai sehelai pantsuit (jenama Alexander McQueen) ketika keluar bersama Harry.

Ia mungkin satu tanda yang Meghan akan menetapkan peraturan fesyennya sendiri selepas menyertai keluarga diraja Britain.

Dan outfit Meghan di Ireland itu membuktikan yang dia belum mahu berhenti mengambil risiko dari segi pemilihan pakaian.

Sumber: Insider

Ad Ops