Categories: Oh LawaSemarak

Berikan Nafas Baru Kepada Baju Raya Lama Anda Supaya Nampak Baru

Masih belum sempat untuk beli baju kurung Raya untuk tahun ini? Ataupun belum jumpa yang berkenan?

Kalau nak hantar untuk tempahan menjahit, besar kemungkinan tak ada tailor yang masih mengambil order.

No problem! Tak perlu membazir atau susah-susah. Pakai saja baju Raya lama anda semula. Entah-entah orang lain tak tahu pun yang anda pernah ada baju itu.

Kalau anda inginkan variasi, padankan saja bahagian top sepasang baju kurung dengan kain baju kurung yang lain.

Ini contohnya: 

Foto: poplook.com/Butik Sireh Pinang

Kalau anda rasa adventurous, anda boleh gunakan bakat seni anda untuk “memperbaharui” baju Raya anda ini.

Ada pelbagai cara yang anda boleh cuba. Yang paling senang ialah dengan menambahkan kain renda atau manik-manik atau sequin pada kain baju kurung anda.

Anda boleh pilih sendiri jenis manik yang mana, banyak mana manik yang anda nak tampal, dan di mana anda nak letakkan mereka.

Foto: transientexpression.com

Satu lagi alat yang berguna ialah cat fabrik atau fabric paint. Di sini anda boleh serlahkan kreativiti anda!

Guna fabric paint ini untuk melukis corak di atas kain kosong. Kalau takut tersilap atau tak terrer berseni, lukis saja corak polka dot.

Selain itu, anda juga boleh gunakan seni tekap ke atas kain kosong anda. Gunakan saja design pada kain renda, ataupun stamp tekap untuk menghasilkan corak pada kain itu. Ini contohnya:

Foto: www.usefuldiy.com

Foto: lovemaegan.com

Kalau anda nak lagi extreme, warnakan saja kain anda dengan cat fabrik ini. Kain renda yang berwarna cerah paling sesuai. Gunakan kreativiti anda untuk transform baju anda ke baju yang baru.

Foto: www.brit.co

Selamat berkreatif!

Sumber: Buzzfeed, Allforfashiondesign

Ad Ops