Categories: Eat TravelSemarak

Khasiat Minum Honey Lemon Lychee Buat Badan Jadi Segar

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa di dalam takwim Islam. Keberkatan dan rahmat Allah SWT memenuhi bulan ini dan pada masa inilah umat Islam telah diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan.

Menahan lapar dan dahaga pastinya membuatkan tubuh anda terasa letih dan kelesuan. Namun perkara itu boleh diatasi dengan pengambilan makanan berkhasiat sama ada semasa berbuka atau bersahur dalam memastikan anda kekal segar sepanjang hari.

Selain itu harus diingat pengambilan 2 liter air putih sehari adalah baik untuk membekalkan tenaga. Bagi yang sukakan minuman manis, tidak salah untuk anda menikmatinya asalkan ia diperbuat daripada buah-buahan segar.

Oleh itu, Hijab & Heels juga ingin berkongsi dengan anda resipi Honey Lemon Lychee yang bukan saja menyegarkan tetapi juga baik untuk kesihatan.

Sebagaimana umum sedia maklum, madu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan berbagai penyakit selain berupaya meningkatkan kekebalan tubuh dan membekalkan tenaga.

Manakala buah lychee atau laici dalam bahasa Melayunya pula, mengandungi 66 kalori per 100 gram, setanding khasiat buah anggur. Ia tidak mempunyai lemak tepu atau kolesterol, tetapi yang dikomposisikan dengan jumlah serat pemakanan, vitamin, dan antioksidan.

Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa oligonol, polifenol berat molekul yang rendah, didapati dengan banyaknya dalam buah laici. Oligonol dianggap mempunyai tindakan virus anti-oksida dan anti-selesema.

Di samping itu, ia membantu meningkatkan aliran darah di dalam organ-organ, mengurangkan berat badan, dan melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.

Bercakap mengenai kebaikan lemon pula, ia bukan saja membantu menurunkan berat badan tetapi juga membersihkan saluran usus serta mencegah jangkitan yang berpunca daripada makanan.

Wah! banyak sungguh khasiat ketiga-tiga bahan utama di dalam segelas jus Honey Lemon Lychee. So tunggu apa lagi, jomlah belajar resipi Honey Lemon Lychee, mana tahu boleh dihidangkan kepada keluarga tercinta semasa berbuka petang nanti.

Bahan-bahan:

  • Lychee King (untuk lebih mudah beli dalam tin)
  • Madu (Honey)
  • Lemon
  • Daun Pudina (sebagai hiasan)
  • Air

Add on: Anda juga boleh mempelbagaikan resipi ini dengan menggunakan air soda sebagai ganti kepada air putih.

Cara-cara menyediakannya:

Tuang sedikit air putih atau boleh juga menggunakan air soda berkarbonat. Masukkan beberapa ketul buah laici ke dalam gelas panjang bersama sedikit pes buahnya sekali. Kemudian letakkan satu sudu besar madu dan jus lemon, kemudian kacau sehingga rata. Langkah terakhir masukkan beberapa ketulan ais dan hiaskan dengan daun pudina. Dah siap!

Sumber: YouTube 

Yanie Baharom