Categories: Oh Lawa

Betis Besar : Pakai Skirt Atau Jeans?

Saiz betis yang besar buat anda keliru apabila berpakaian? Tak tahu antara jeans atau skirt? Mungkin anda tak boleh ubah bahagian badan itu, tapi sudah tentu anda boleh mengubah stail berpakaian.

Tips asas untuk mereka berbetis besar:

1) Pilih warna monokrom bertona lebih gelap dalam berpakaian, terutamanya di bahagian bawah badan. Trik ini tidak hanya akan memanjangkan ilusi kaki, malah mengalih perhatian dari betis.

2) Pakai skirt di aras bawah lutut atau buku lali.

3) Jeans straight cut dan boot-cut wajib jadi rakan baik anda selepas ini.

Kredit foto : https://thejeansblog.com

4) Elakkan perincian besar di bahagian finishing hemline untuk mengelakkan perhatian tidak sepatutnya.

5) Jangan sesekali mengenakan skirt mini, seluar pendek dan seluar capri.

6) Hindari motif bercorak dan warna cerah pada seluar dan skirt.

7) Gunakan teknik mengalihkan perhatian dengan menggayakan top berwarna cerah dan garang dan tone it down di bahagian pinggang ke bawah.

8) Hadkan printed motives pada bahagian atas dan aksesori riang seperti skaf untuk memfokuskan pandangan pada bahagian atas.

9) Stokin rona gelap juga boleh membantu untuk buat anda kelihatan lebih ramping.

10) Kasut warna natural atau berpadanan dengan tona kulit untuk teknik penyamaran sama. Jangan pilih warna kontra kerana akan mengundang titik kontra yang tidak dimahukan.

Bagaimana memilih jeans paling ideal?

Adalah amat dicadangkan untuk memilih jeans panjang sehingga ke buku lali untuk menyembunyikan betis yang agak ‘sasa’ itu. Jeans anda sepatutnya kembang di bawah lutut, jadi potongan lurus dan boot-cut disarankan.

Elak daripada mengenakan jeans ketat dan dilipat di bahagian betis kerana lipatan itu akan mencengkam betis sekaligus menyerlahkan saiznya.

Melainkan anda di rumah, pantai atau di kebun, jangan pakai jeans pendek di bawah lutut kerana akan menegaskan pada bahagian betis dan memberi ilusi kaki yang pendek.

Bagaimana pula nak gayakan stail skirt?

Ya, skirt boleh dikatakan bukan pilihan tepat untuk anda. Maaf. Tapi ada cara untuk buat tidak terlihat canggung di pandangan.

Helahnya adalah, elakkan skirt yang ketat mendakap bahagian betis sama ada di atas atau bawah. Langkah selamat, sarungkan skirt dengan hemline di bawah lutut atau labuhnya menutup buku lali.

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

Baca artikel penuh di Aplikasi Wanita.

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

Ad Ops