Categories: Oh Lawa

8 Kesalahan Fesyen Mesti Elak

Ada jurang yang memisahkan antara fashionista dengan fashion crime atau jenayah fesyen. Jenayah fesyen membuat kesalahan fesyen dalam usaha menjadi fashionista, ironi kan? Tapi apa itu kesalahan fesyen? Kami senaraikan 8 daripadanya:

1) Fashion statement from top to toe

Item fesyen yang dianggap fashion statement seharusnya dimaksimakan kepada dua item misalnya. Contohnya tudung dengan perincian sekuin, ditambah ropol di lengan, kedua-dua elemen yang ‘meriah’ ini sebaiknya diminimakan.

2) Crocs

Percaya atau tidak, masih ada yang menyarung terompah getah atau seumpamanya apabila keluar. Faktor keselesaan mungkin menjadi sebab ia jadi pilihan, namun si pemerhati akan sakit mata.

3) Legging ke mana saja

Hadkan legging bila anda mahu ke gim atau menyertai larian marathon bulanan anda. You know what’s even worse? Wearing legging to the office! Meskipun etika pakaian di pejabat adalah kasual, legging bukanlah pilihan tepat.

4) Fit bukan sempit

Adalah penting memastikan setiap apa dipakai sepadan dan fit di badan tetapi ramai tersalah anggap dengan menyarung pakaian terlalu ketat sehingga menimbulkan suasana tidak selesa, apatah lagi jika menghadiri mesyuarat atau majlis formal. Jangan menyeksa diri, beauty is not always about pain.

5) Jubah lycra

Please. Stop.This. Jubah sewajarnya terlihat sopan penuh kesederhanaan. Kontra dengan fabrik lycra yang bersifat memeri membuatkan seluruh tubuh didakap sekaligus menidakkan fungsi sebenar jubah. Just don’t!

6) Fesyen tak ikut usia

Tidak salah mengikut trend asalkan tidak menampakkan anda kebudak-budakkan lalu dianggap tidak matang pula. Berpada-padalah merujuk trend sebagai panduan stail harian. Tidak semuanya secocok dipadankan disebabkan usia atau juga bentuk badan atau juga tona kulit.

7) Logo jenama melampau

Penampilan logo jenama kegemaran anda tidak patut jadi masalah jika ianya subtle dan tidak terlalu ‘sibuk’. Jangan sesekali memakai trademark jenama kesukaan anda dari hujung rambut ke hujung kaki. Never!

8) Prints, prints everywhere

Dari tudung bermotif floral, top bercorak geometri, skirt pula dilatari elemen houndstooth, padankan semua ini dalam satu ensemble dan anda akan memegang title ‘Fashion Crime of the Year’ untuk tahun ini.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

Baca artikel penuh di Aplikasi Wanita.

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

Ad Ops