Categories: Gaya Hidup

5 Pencuci Mulut Yang Tak Ganggu Diet!

Demi mendapatkan berat badan dan bentuk badan menawan, ramai yang sanggup tahan selera daripada menikmati makanan kegemaran seperti pencuci mulut ataupun pemanis mulut. Hrmm… sebenarnya tindakan itu tidak betul.

Anda boleh makan kek, aiskrim, puding atau apa sahaja hidangan pencuci mulut yang digemari selagi anda tahu bagaimana memilih menu yang sesuai. Mencari pencuci mulut sihat yang mampu membangkitkan selera adalah sesuatu yang agak susah, namun ia tidaklah mustahil. Jom semak 10 hidangan pencuci mulut yang mudah, dan semestinya berkhasiat dan sangat enak!

1) Kek Keju Rendah Lemak

Biarpun rendah lemak tetapi sepotong Kek Keju mesti punya rasa lemak berkrim. Pilih Kek Keju yang menggunakan French Cheese yang sememangnya rendah lemak dan kurang garam.

2) Yogurt Sejuk Beku

Yogurt memang popular di kalangan mereka yang mahu mengawal berat badan. Sebelum ambil yogurt sebagai pencuci mulut, teliti dulu kandungan nutrisi dan kalorinya. Yogurt sejuk beku yang sihat harus tidak lebih daripada 70 kalori untuk setiap hidangan. Pilih buah-buahan segar untuk topping.

3) Sherbet

Berbeza dengan ais krim, sherbet mempunyai tekstur yang lebih ringan. Malah kandungan gulanya juga tidak setinggi ais krim. Pilih sherbet yang menggunakan buah-buahan berkhasiat sebagai perisa.

4) Smoothies

Smoothies boleh menjadi pilihan pencuci mulut yang tepat untuk diet selagi ia diperbuat daripada campuran buah-buahan segar dan yogurt rendah lemak. Strawberi dengan mangga atau beri biru dengan nenas boleh menjadi kombinasi yang tepat untuk rasa.

5) Muffin Lobak Merah

Parutan lobak merah dan nenas yang dihancurkan boleh menjadi penambah perisa semulajadi. Jika ingin nikmati muffin, pastikan ia yang menggunakan tepung gandum campuran dan tepung pelbagai guna. Kurangkan penggunaan gula.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

Ad Ops