Categories: Oh Lawa

Tampil Wow Pada Majlis Perkahwinan Anda, Melaram Dengan 5 Jenis Anting-Anting Ini

Di musim perayaan ini pasti ramai pasangan kekasih yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Apalagi sekarang ini berlangsungnya cuti penggal persekolahan selama dua minggu.

Khusus buat anda yang bakal bergelar raja sehari, topik yang ingin dikongsi bersama anda mungkin terlalu remeh. Namun aksesori yang ingin diperkatakan ini salah satu benda wajib sebagai pelengkap gaya anda. 

Tahukah anda ketepatan dalam memilih anting-anting yang bersesuaian boleh memberi nilai tambah pada penampilan anda di hari bahagia nanti.

Dengan memakai subang yang sesuai dengan peribadi, personaliti, busana dan situasi, pastinya membuatkan penampilan anda lebih menyerlah dan elegan.

Edisi kali ini menghimpunkan seleksi anting-anting yang sesuai digayakan untuk majlis raikan cinta.

1. Teardrops

Seperti namanya, anting-anting jenis ini seperti air mata yang jatuh. Anting-anting ini sesuai buat mereka yang memiliki wajah berbentuk hati. Selain memberikan penampilan yang lebih seimbang, anting-anting ini sering dijadikan pilihan kerana bentuknya yang cantik.

Foto Kredit : Jules Bridal Jewellery

2. Cluster

Anting-anting jenis ini kelihatan seperti stud, namun ia tampil lebih kompleks dari segi rekaannya. Anting-anting jenis ini mempunyai banyak sulaman batu permata ataupun perincian bagi memberi kesan lebih menawan dan lebih nyata buat si pemakai.

Foto Kredit : affordablealegancebridal. com

3. Huggies

Ia kelihatan seperti hoop namun saiznye jauh lebih kecil. Ia juga dilengkapi dengan suntikan batu permata yang membiaskan aura glamor. Ia membuatkan si pemakai tampil lebih feminin  dan sesuai buat mereka yang memiliki wajah petak.

Foto Kredit : ebay.com

4. Dangle

Sesuai buat mereka yang mempunyai wajah berbentuk bulat dan hati. Anting-anting jenis ini memberikan impak kontras buat wajah anda dan melahirkan kesan lebih mewah untuk gaya ratu sehari. Juraian dari anting-anting ini juga melahirkan kesan dramatis buat penampilan anda.

Foto Kredit : raghunandanjewellers.com

5. Chandelier

Chandelier merupakan gabungan dari Stud dan Dangle dan sesuai untuk mereka yang mempunyai wajah hati atau oval. Bentuk anting-anting ini mempunyai juntaian lebih dari dua ke tiga lapis. Anting-anting jenis ini memberikan kesan lebih elegan dan eksklusif buat penampilan ratu sehari. Kebiasaanya, rekaan anting-anting ini dipenuhi dengan kombinasi batu permata yang membuatkan si pemakai kelihatan bersinar.

Foto Kredit : stressawaybridalshop.com

Sumber: Pengantin

Yanie Baharom