Categories: Oh Lawa

Ceritakan kisah hidup anda menerusi ‘charm’ mini daripada koleksi Pandora Me

Aksesoi perhiasan bersaiz kecil sentiasa menjadi kegemaran golongan wanita untuk dipakai atau dibeli sebagai pemberian untuk anak mahupun rakan.

Rasanya hampir semua wanita muda pada zaman ini sudah pun mengenali jenama aksesori moden yang kecil dan comel iaitu Pandora.

Ia memang ikonik dengan produk gelangnya yang boleh dihiasi dengan pelbagai jenis charm, bergantung kepada cita rasa pemakai.

Kini pengeluar barangan aksesori ini menawarkan koleksi terbaharunya Pandora Me, yang menampilkan gelang, subang, kerongsang serta charm perak sterling yang bersaiz mini. Comel sangat!

Paling menarik, si pemakainya boleh meraikan personaliti dan identiti mereka dengan memilih charm yang melambangkan diri dan hidup mereka. 

Micro-charm ini mungkin bersaiz kecil dan minimalis tetapi impaknya besar. Setiap satu simbol memberikan maksud yang unik bagi pemakai seperti memori indah, item kegemaran, harta peribadi, pencapaian dalam hidup dan sebagainya. 

Terpulanglah kepada anda untuk menonjolkan identiti diri seperti mana yang anda mahu dalam pelbagai gaya penampilan yang unik.

Untuk generasi baharu

Pelancaran Pandora Me juga sejajar dengan perlantikan pelakon muda yang berbakat, Millie Bobby Brown, 15, sebagai duta global bagi kempen koleksi ini.

Pengarah Urusan Pandora Malaysia & Brunei, Datin Sri Zarida Noordin berkata, Pandora ingin menarik minat generasi baru menerusi pengambilan Millie serta tema koleksi ini. 

“Pandora sudah berada di pasaran Malaysia sejak 10 tahun lalu. Pelanggan lama kami sama-sama membesar dengan jenama ini dan mereka mungkin lebih meminati koleksi Moment yang sesuai dengan usia mereka.

“Sekarang kami ingin mensasarkan generasi baharu yang terbukti sudahpun menjadi lebih matang pada usia yang muda. Mereka tahu apa yang mereka mahu dan kami ingin menawarkan aksesori yang relevan dengan keinginan mereka.”

Apabila ditanya mengenai pengeluaran micro-charm yang lain dalam koleksi ini, Zarida berkata, “Semestinya kami akan keluarkan lebih banyak pilihan untuk pelanggan kami. Nantikannya!”

Untuk pengetahuan anda, selain reka bentuknya, Pandora Me tidak serupa seperti koleksi Pandora yang lain kerana produknya diperbuat daripada perak sterling yang dikitar semula. Menariknya!

Koleksi Pandora Me

Jom kita lihat item-item yang ditawarkan dalam koleksi ini.

Terdapat tiga jenis gelang dalam koleksi ini.

Reka bentuk terbaharu ialah Link Bracelet yang unik!

Seterusnya, pada gelang ini, anda boleh kepilkan pelbagai pilihan micro-charm yang anda suka. Mahu pakai 10 biji pun boleh!

Hasilnya akan nampak begini:

 

Jika tidak di gelang, di kerongsang berbentuk pin keselamatan ini pun boleh! Kemudian pinkan pada baju, tudung atau beg. Menarik, kan?

Reka bentuk microcharm bagi koleksi Pandora Me juga boleh didapati dalam bentuk subang. 

Jika anda mahu, subang-subang kecil ini pun boleh dilekatkan pada kain tudung anda. Sama sahaja konsepnya dengan tudung-tudung yang dihiaskan dengan manik berlian Swarovski.

Sudah ada idea bagaimana untuk menggayakan micro-charm Pandora Me? Dapatkan koleksi ini di mana-mana butik Pandora sekarang.

Sumber foto: Pandora

Ad Ops