Categories: Oh Lawa

Dikecam tidak sensitif, Loewe batal pengeluaran ‘pijama’ menyerupai kem konsentrasi

Jenama terkemuka Loewe  terpaksa menerima hakikat yang tidak menyenangkan apabila rekaan terbaharunya mendapat kritikan hebat, sehingga menggesa pengurusan jenama itu ‘mengeluarkan’ pakaian tersebut daripada senarai item yang dijual.

Semuanya disebabkan oleh sepasang set pakaian Loewe yang bermotifkan jaluran vertikal hitam putih lengkap dengan tampalan material kulit tambahan yang sinonim dengan Loewe, yang diumpamakan sebagai seragam kem konsentrasi.

Apa itu kem konsentrasi (concentration camp)? Bagi yang tidak mengetahui makna di sebalik perkataan terebut, ia merujuk kepada satu situasi ketika pemerintahan Adolf Hitler, Jerman Nazi membangunkan kem konsentrasi di seluruh daerah taklukannya. Kem konsentrasi Nazi pertama dibangunkan secara besar-besaran di Jerman selepas kebakaran Reichstag pada tahun 1933 dan didirikan semata-mata untuk menahan tahanan politik dan lawan rejim.

Kem  tersebut dikatakan dibangunkan dengan pesat sepanjang tahun 1930-an kerana penentang politik dan kelompok rakyat tertentu yang menentang pemerintah ditahan dan dipenjarakan tanpa melalui proses pengadilan yang sewajarnya. Istilah kem konsentrasi berasal daripada situasi Perang Boer Kedua di Afrika Selatan.

Sejarawan Holocaust membuat perbezaan antara kem konsentrasi dengan kem pemusnahan, yang didirikan semata-mata untuk menghancurkan Yahudi Eropa, Polandia, Gipsi dan suku lain melalui Solusi Terakhir. Contoh kem pemusnahan adalah Belzec, Majdanek, Sobibor, Treblinka, dan Auschwitz-Birkenau.

Sehubungan itu, apabila jenama Loewe mengeluarkan koleksi terbaharunya yang berpotongan pijama dan dijual pada harga RM7,691.20, tindakan ini membuatkan banyak pihak berasa tersinggung dengan apa yang dilakukan Loewe lantaran koleksi berkenaan mengembalikan ingatan mereka terhadap tragedi dan apa yang berlaku di kem konsentrasi.

Pengkritik fesyen yang menggunakan nama @diet_prada di media sosial serta sering dianggap pengkritik tegar terhadap pereka fesyen dunia, antara orang terawal yang bertindak mengutarakan isu tersebut sekali gus menggemparkan dunia fesyen umumnya. Tindakan @diet_prada yang memuat naik gambar persalinan rekaan Loewe dan meletakkannya di sebelah gambar pakaian seragam kem konsentrasi ternyata mencetus kemarahan dan menjadi perdebatan umum.

“Tidak dapat melihat apa-apa tetapi kem konsentrasi dalam rekaan berharga RM7,691.20 daripada Loewe ini..” dan “..semestinya mengganggu” adalah gambaran @diet_prada terhadap rekaan ditawarkan Loewe ini.

Sebelum ini, ada satu keadaan lain yang seakan-akan sama, membabitkan elemen fesyen yang mana pereka fesyen Polly Mellen pernah menghasilkan imej ‘Bathhouse’ yang ternyata meraih perhatian industri dunia fesyen. Imej yang dirakamkan Deborah Turbeville itu, menampilkan lima model perempuan yang memperlihatkan emosi berbeza-beza seperti berada di set menyerupai kem konsentrasi dikritik hebat. Bahkan Polly dan Deborah urut dianggap tidak sensitif.

Bagaimana mungkin perkara seperti ini boleh berlaku, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sentimen kejam dan peperangan yang sesungguhnya tidak ingin dilalui oleh setiap makhlukl di dunia ini.

Yanie Baharom