Oleh Amnan Hibrahim
Selepas tiga tahun pengenalannya, ISETAN The Japan Store (ISETAN) yang beroperasi di Lot 10 Shopping Centre, Kuala Lumpur tampil dengan wajah baharu melalui penawaran jenama serta produk yang dikemas kini.
Pengarah Urusan Isetan Japan Sdn Bhd, Koji Oyama, berkata pembaharuan yang dilakukan oleh ISETAN adalah satu proses evolusi yang dilakukan oleh syarikatnya dalam usaha menawarkan pilihan yang terbaik buat pengguna.
“Di samping menyediakan pilihan fesyen, aksesori dan makanan yang terbaik dari Jepun, pembaharuan yang dilakukan ini merangkumi penawaran pelbagai jenama yang lebih komprehensif kepada pelanggan.
“Dalam usaha memberikan rekaan dan kualiti yang terbaik buat pelanggan, adalah penting untuk kami mengenal pasti kehendak pasaran yang sentiasa berevolusi. Oleh itu, kami mengalu-alukan kehadiran jenama global dan Malaysia untuk dijual bersama-sama dengan jenama Jepun di ISETAN,” katanya ketika berucap di Majlis pengenalan kemas kini gedung berkenaan, baru-baru ini.
Antara jenama artis tempatan yang ditampilkan oleh ISETAN dalam kemas kini gedungnya ialah, A by Jane, Motoguo dan Jonathan Liang.
Apa yang lebih menarik, pereka fesyen terkenal tempatan, Joe Chia, turut menampilkan buat pertama kalinya koleksi pakaian hasil kolaborasi bersama-sama dengan label Denim Jepun FDML di acara pengenalan kemas kini gedung berkenaan.
Untuk yang mencari produk dan barangan gaya hidup yang lain, setiap aras di ISETAN menjanjikan tawaran barangan yang bersesuaian dengan setiap aspek keperluan kehidupan harian mereka:
Bagi yang mencari produk terhad hasil rekaan eksklusif daripada pereka Jepun dan Malaysia, The Design adalah tingkat yang menawarkan apa yang mereka cari.
Antara jenama terkenal yang berada di tingkat ini adalah FDMTL, Mastermind World, #FR2, Porter and Comme Des Garcons, Billionaire Boys Club dan beberapa jenama tempatan.
The Design turut menempatkan kedai jam Seiko, barangan perhiasan Imayo, jenama kamera Leica dan jenama mainan Bearbrick.
The Fashion adalah aras yang direka khas buat penggemar fesyen pakaian bagi wanita dan lelaki. Wanita pastinya akan teruja dengan produk jenama Ecesis, Bebebutterfly, Island Shop, Max Tino, David Jones, Cath Kidston dan Oyone Paris.
Terdapat juga beberapa kedai jenama pakaian sukan seperti Anta, RYZ dan Li Ning.
Bagi wanita, perkara berkaitan kesihatan dan kecantikan adalah antara aspek yang paling diutamakan dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu, aras The Wellness direka khusus buat para pengunjung mendapatkan barangan kesihatan dan kecantikan mereka.
Turut ditawarkan adalah perkhidmatan penjagaan kecantikan dan kesihatan seperti Hammam Spa dan pusat dandanan, Number 76. Di samping itu, terdapat juga kafe Salubre yang menyajikan hidangan khas buat pelanggan yang mahukan makanan segar dan enak serta pada masa yang sama baik buat kesihatan mereka.
Selain itu, terdapat juga jenama pakaian dan peralatan kesihatan seperti Arena, Huitieme Sport Studio, Surfers Paradise dan UFL Outdoor.
Bagi yang mencari barangan rumah, aras ini adalah sangat sesuai untuk anda mencari alatan yang diidamkan dan berkualiti tinggi. Antara jenama barangan rumah bagi perkakasan katil premium yang disediakan di aras ini ialah The Linens Company, Grand Atelier dan Jean Perry.
Untuk alatan membersihkan rumah, terdpat sebuah ruang pameran yang khusus buat memperkenalkan teknologi terkini yang digunakan jenama itu kepada pengunjung.
Turut ditawarkan di aras ini adalah pusat sehenti bagi keperluan perjalanan dengan beg daripada jenama Wings, Antler atau Boarding Gate dan sewaan pakaian bagi wanita daripada Fashion Library Winter Clothing.
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..