Categories: Oh Lawa

Ini Perkara Penting Anda Perlu Buat Sebelum Makeup

Adakah anda seorang yang suka bersolek? Tahukah anda rutin persediaan sebelum bersolek amat penting untuk dititikberatkan bagi menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajah.

Selain itu, persediaan sebelum bersolek juga amat penting untuk dilakukan bagi memastikan impak solekan tampak gorgeous dan menawan.

Jom ketahui apa persediaan yang anda perlu lakukan untuk kulit sebelum anda memulakan solekan menggunakan alatan solekan.

Foto: NewBeauty

1. Cuci

Perkara pertama yang wajib anda perlu lakukan sebelum bersolek ialah mencuci kulit wajah. Guna pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda bagi membersihkan sebarang kotoran dan habuk yang ada.

2. Skrub

Foto: Girl With Curves

Gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan.

3. Serum

Serum digunakan sebelum bersolek untuk menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.

Foto: Marie France Asia

4. Pelembap

Yang terakhir sekali, pastikan anda gunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapan. Pelembap kulit boleh mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa juga untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF.

Foto: Vogue

Sekarang bolehlah anda mulakan proses menyolek! Barulah solekan anda nampak wow dan kulit anda juga terpelihara.

Sumber: EH!

Ad Ops