Categories: Oh Lawa

Kanta Lekap Berwarna atau Natural?

Pemakaian kanta lekap kini menjadi trend dan merupakan antara item fesyen yang menjadi pilihan utama wanita dalam dunia kecantikan. Pelbagai variasi warna boleh didapati di pasaran untuk menyerlahkan lagi penampilan si pemakai.

Sama ada kanta lekap berwarna atau natural, terpulang kepada individu terbabit kerana apa yang pasti, setiap wanita dambakan penampilan menarik dan cantik. Biarpun masing-masing punya pilihan untuk mengenakan sebarang warna kanta lekap yang diminati, namun setiap warna sebenarnya memberikan kesan berbeza pada si pemakai.

Ada yang memilih kanta lekap yang sesuai berdasarkan warna kulit masing-masing. Koleksi warna terang seperti biru, turquoise, violet amat sesuai dengan mereka yang mempunyai kulit cerah kerana ia memberikan kesan dramatis secara semulajadi.

Warna terang sesuai dengan wanita berkulit cerah

Wanita yang mempunyai warna kulit sederhana pula boleh memilih warna kanta lekap daripada variasi warna kelabu, hazel dan honey kerana warna sebegini dapat memberikan bentuk anak mata yang jelas pada si pemakai.

Bagi yang berkulit gelap, variasi perang seperti honey dan coklat mampu menonjolkan mata yang lebih ceria. Untuk gaya lebih berani, pilihan warna amethyst dan hijau mungkin boleh dicuba.

Pemilihan kanta lekap juga boleh dibuat berdasarkan personaliti seseorang. Jika anda seorang yang fun, daring, berani, dramatik dan mahu kelihatan lain daripada biasa, anda boleh memilih warna seperti biru, merah, kelabu cerah, merah jambu, biru firus atau mengikut warna baju.

Tampil berani dan unik dengan koleksi warna yang terang

Bagi yang mahu kelihatan lain daripada lain tapi agak malu, anda boleh memilih warna yang lebih natural seperti hazel, perang dan coklat lembut.

Apapun pilihan anda, pastikan warna kanta lekap itu sesuai dengan penampilan. Paling penting, penggunaan kanta lekap dapat memberikan keselesaan serta keyakinan diri.

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :- Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid dan AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

Ad Ops