Categories: HiburanSelebriti

Farid Kamil Bawa Pistol Ke Lokasi, Betul Ke?

Sejak penahanan Farid Kamil tempoh hari lalu, ramai yang mula tampil menceritakan rentetan kelakuannya sebelum hari kejadian berlaku. Pengarah drama, Shuhaimi Lua mendedahkan Farid bukan sahaja menampar pelakon senior, malah beliau juga turut membawa pistol ke lokasi.

“Saya melihat dia membawa pistol yang berada di pinggang­nya, tapi tidak tahu keaslian pistol itu. Memang keadaan dia tidak terurus, malah dia tidak memakai selipar pada ketika itu”

Malahan kelakuannya itu berlanjutan hingga menengking seorang jurukamera dengan tanpa sebab, bagaimanapun selepas itu berlalu pergi sambil menyatakan beliau hanya bergurau saja.

Apa yang kita nampak Farid memang melakukan kesalahan tetapi setiap kesalahan pasti ada sebab dan cerita disebaliknya. Moga Diana Danielle tabah menghadapi dugaan ini dan dapat menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi dengan Farid dengan baik

SGMS Enal