Categories: Oh Lawa

Makan tikus rahsia cantik orang Vietnam? Gelinya!

Kembang tekak penulis membaca petua kecantikan ini. Makan tikus untuk awet muda, agak-agak ada yang sanggup tak?

Meski geli-gelaman tekak dibuatnya, kita harus hormat kepercayaan dan budaya orang lain, sekalipun terasa jijik dengan amalan kecantikan wanita Vietnam ini. 

Bagi kita, tikus sering dianggap binatang berbulu yang kotor, malah ramai juga yang fobia serta geli untuk memegangnya apatah lagi memakannya.

Bagi wanita Vietnam, mereka percaya dengan memakan tikus dapat mengembalikan keremajaan kulit wajah. 

Bagi mereka tiada yang mustahil untuk dicuba dan diamalkan asalkan boleh menghasilkan kulit yang cantik dan awet muda.

Bagi wanita Vietnam, mereka percaya bahawa daging tikus membuatkan wajah mereka lebih muda. Mereka juga beranggapan daging tikus sihat dan baik untuk kesihatan.

Foto: ibtimes

Tikus sawah

Foto: dailymail

Bagaimanapun untuk pengetahuan umum, bukan tikus ‘kotor’ yang dihidangkan, sebaliknya hanya tikus dikawasan sawah padi. 

Tikus jenis ini dianggap lebih ‘bersih’ kerana mereka makan padi dan selamat dimakan, malah memiliki gred berbeza berbanding tikus biasa.

Rasa daging tikus ini yang dikatakan lebih sedap dan manis,1 dijual dalam anggaran RM8.50 sekilogram. Seorang individu boleh makan tujuh ekor sekali hidang!

Mereka percaya tikus sawah yang dimasak stew berserta herba dan sayur-sayuran bagus untuk menyembuhkan sakit tulang belakang. 

Selain itu, mereka percaya bahawa daging tikus sawah mengandungi asid amino yang tinggi membantu pertumbuhan semula kulit untuk kelihatan lebih cerah berseri dan awet muda.

 

Sumber: Mingguan Wanita

 

Yanie Baharom