Categories: Oh Lawa

Nak Cantik Seperti Dia? Ikuti Rutin Kecantikan Si Natural Beauty Siti Saleha

Nama Melayu wajah Pan Asia, figura arena lakonan ini tidak lain tidak bukan adalah Siti Saleha. Baru saja melangkah gerbang 28 tahun pada 14 Mac lalu, adik kepada vokalis Bunkface atau Sam ini, semakin berseri dan menawan sejak mendirikan rumah tangga hampir setahun yang lalu.

Pemilik senyuman manis tidak pernah lekang daripada bibirnya, wanita ini antara bintang muda yang lengkap pakej, cantik dan berbakat.

Sejenak perbualan dengan wanita jelita berdarah kacukan Inggeris ini, sempat bertanyakan apakah rutin hariannya dalam menjaga kecantikan.

Foto: Malay Mail

Hijab & Heels (H&H) : Mempunyai kulit wajah yang mulus dan bebas cela, apakah rutin harian yang dilakukan untuk menjaga kulit wajah? 

Saleha : Apa yang saya praktikkan ialah sentiasa menggunakan krim pelembap agar kulit tidak kering dan kusam. Selain itu, saya akan pastikan untuk menanggalkan sisa solekan dan bersihkan wajah sebelum tidur agar tiada bakteria yang melekat pada wajah.

H&H : Kecantikan harus seimbang dengan kesihatan. Tips yang Saleha yang sering diamalkan?

Saleha : Saya tidak mengamalkan pengambilan suplemen kerana kurang pemahaman tentang kebaikannya. Tapi itu dulu, bagaimanapun sekarang setelah mendapat pendedahan, saya mengamalkan fish oils, zink dan magnesium setiap hari. Apapun tidak kira berapa jenis makanan tambahan yang anda ambil ia tidak akan memberikan apa-apa kesan jika bekalan air putih tidak mencukupi.

Foto: tv14

H&H : Khabarnya Saleha juga rajin mengunjungi pusat kecantikan, apakah rawatan wajib dilakukan?

Saleha : Rawatan rambut dan kulit kepala. Bagi saya, rambut yang cantik bermula daripada kulit kepala yang sihat. Selain itu saya cukup suka berurut badan dan juga refleksologi. Memang layan!

H&H : Masa suntuk dan dalam keadaan tergesa, apakah barangan makeup yang diaplikasikan ketika merias wajah?

Saleha : Terus-terang saya tidak gemar bersolek dan sukakan mekap tipis saja. Tetapi kehidupan sebagai selebriti memerlukan saya menjaga penampilan dan dalam keadaan bersiap. Justeru untuk muka nampak fresh saya melakukan trik solekan dengan memakai penyamar noda bawah mata, lentikkan bulu mata dan oles gloss bibir.

H&H : Barangan mekap wajib ada di dalam tas tangan Saleha?

Saleha : Bedak asas, maskara dan gincu.

Foto: Video Blocks

 

Yanie Baharom