Categories: Trending

Alamak! Lepas Enjin Meletup, Tingkap Pula Retak…

Sebuah pesawat Southwest Airlines Co ke Newark, New Jersey, membuat pendaratan cemas di Cleveland selepas satu tingkap retak ketika penerbangan, menurut pihak berkuasa syarikat penerbangan dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA).

Tiada siapa cedera dalam insiden dua minggu selepas sebuah enjin pesawat Boeing 737 miliknya meletup lalu memecahkan satu tingkap dan mengorbankan seorang penumpang, iaitu insiden maut pertama sejak 2009.

Punca retak pada tingkap kecil pesawat itu tidak diketahui.

Penerbangan Southwest 957 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chicago Midway itu membawa 76 penumpang.

“Pesawat Boeing 737-700 itu dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Cleveland-Hopkins kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan,” kata jurucakap Southwest, Brian Parrish. – Reuters

 

SGMS Faida