Meskipun Syawal belum tiba, senario arena hiburan sepertinya sudah meraikan hari Lebaran. Pelbagai anjuran majlis amal dan berbuka puasa yang diadakan di hotel-hotel terkemuka menyaksikan kehadiran selebriti tempatan berbusana tradisional nan indah di mana sebahagian daripada stail mereka itu dijangka akan menjadi ikutan ramai.
Sebahagian besar wajah-wajah bintang popular juga dipilih sebagai pelaris bersempena kempen koleksi Hari Raya rekaan pereka fesyen tempatan termasuk stor fesyen atas talian seperti Zalora dan Fashion Valet serta gedung tekstil terkemuka.
Minimalist berbanding tahun lalu, dominasi fesyen dalam kalangan selebriti tahun ini memperlihatkan penguasaan stail back to basic atau less is more.
Selain tujuh gaya selebriti wanita yang bakal menjadi ikutan di luar sana, tiga daripadanya adalah lelaki di mana produk seperti jubah, kurta serta baju melayu di bawah jenama mereka laris dijual.
Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapakah 10 selebriti yang menjadi pilihan Hijab & Heels kerana stail mereka akan menjadi ikutan ramai.
1. Neelofa
Bercakap mengenai figura yang seorang ini siapa lagi kalau bukan Neelofa? Dia memang handal bergaya meskipun sebahagian besar daripada stailnya sering saja mendapat kritikan netizen. Namun percayalah tiga persalinan yang digayakan Neelofa ini, bermula dari kiri rekaan Afiq M, Zara by NH dan Khoon Hooi akan menjadi ikutan ramai.
2. Anzalna
Ingatkan anak patung Barbie taadi, rupa-rupanya Anzalna. Bertepatan dengan ramalan fesyen Hari Raya tahun ini yang menyaksikan penguasaan kebaya pendek dan kurung moden bercirikan back to basic, persalinan yang digayakan Anzalna ini adalah pilihan ideal pada Lebaran nanti.
3. Scha Alyahya
Pelakon, model dan pengacara Scha Alyahya cukup terkenal dengan gaya simple tapi classy. Tahun ini Scha bersama suaminya, Awal Ashaari dan anak perempuannya yang cukup famous, Lara Alana sekali lagi dipilih sebagai duta Jakel. Tentu saja Scha berupaya meningkatkan jualan Jakel apatah lagi stailnya sering menjadi ikutan ramai. Ini dua gaya berbeza Scha, iaitu kurung moden hijau dari Jakel dan kurung wrap dress kimono rekaan Alia Bastamam.
4. Vanidah Imran
Apabila pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini memilih aktres Vanidah Imran sebagai muse untuk koleksi Hari Raya mereka tahun ini, ia membuktikan kecantikan wanita di ambang usia 40-an masih menarik minat. Vanidah Imran tersangat cantik dalam setiap persalinan beresensikan kurung klasik yang menjadi tunjang rekaan pereka duo itu. Melalui kempen ini tentunya ia berjaya meningkatkan keyakinan wanita matang di luar sana untuk kekal cantik dan menyerlah di Aidilfitri.
5. Rozita Che Wan
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana dia melaram sakan dengan kurung moden berbulu serta sarat dengan perincian manik serta labuci, penampilan pelakon dan pengacara Rozita Che Wan kebelakangan ini nampaknya cukup minimalist namun ia tidak pun mengurangkan kecantikannya. Jubah dress rona ceria berwarna kuning seperti digayakan dalam gambar ini adalah hasil rekaan dari rumah fesyen miliknya sendiri iaitu Padusi Couture.
6. Uqasha Senrose
Pemilihan pelakon sensasi, Uqasha Senrose sebagai muse koleksi Hari Raya jenama Losravelda ini, pastinya memberi pilihan kepada ramai wanita di luar sana untuk tampil sedondon dan glamour dengan anak dara mereka. Lebih-lebih lagi selepas melihat foto Uqasha dan model cilik yang sungguh cantik ini.
7. Farah Nabilah
Memang tidak dapat dinafikan, gadis manis berusia 26 tahun ini sedang digilai ramai bukan saja kerana bakat bahkan penangan drama-drama lakonannya yang meletop! Apabila anda menjadi idola ramai orang, maka pasti ada peminat yang terikut-ikut untuk bergaya seperti anda. Begitu juga Farah Nabilah, pastinya ramai peminat memperhatikan perkembangan fesyen Hari Raya tahun ini!
8. Syafiq Kyle
Pelakon lelaki berbakat yang sedang hangat dengan drama bersiri Nur, siapa lagi kalau bukan Syafiq Kyle, adalah antara selebriti lelaki yang mempunyai taste dalam penggayaan. Lihat saja koleksi Hari Raya keluaran jenamanya sendiri Kylez RTW, yang menyerlahkan ciri maskulin seorang lelaki sama ada dalam persalinan tradisional mahupun moden.
9. Fauzy Al-Qadry
Meskipun bintang ini agak sepi dari kehangatan industri seni namun setiap kali menjelang perayaan Aidilfitiri, koleksi Hari Raya keluaran jenamanya Alqadry Exclusive, laris bagaikan goreng pisang panas! Percaya atau tidak kesemua lapan warna Kurta Abu Dhabi yang menyediakan saiz bermula S hingga XL habis dijual dalam tempoh dua minggu.
10. Amy Search
Rocker lagenda Amy Search memang hebat bergaya. Sejak memulakan perniagaan clothing beberapa tahu lalu, Amy mendapat keuntungan besar melaluinya. So, tunggu apa lagi let’s grab it!
Tak baik hina pekerjaan orang. Itukan rezeki 🙄
Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.
Hurmmm, apa pendapat korang? Maafkan ke tidak...
Memang ramai betul CCTV Sarah Yasmine ek😅
Ezzanie memegang watak Shahidah dalam Kuih Muah.