Categories: Oh Lawa

Penyanyi Kacak Harry Styles Dipilih Sebagai Wajah Kempen Gucci Pra-Luruh 2018

Kebelakangan ini, peminat penyanyi suara serak dari England, Harry Styles, sering melihatnya menggayakan busana rekaan Gucci sepanjang persembahan pentasnya.

Tentu-tentu saja setiap persalinan Gucci yang dimilikinya adalah ekslusif dan datang dari koleksi edisi terhad. Dan oleh kerana kegilaannya terhadap jenama high end itu, bekas anggota kumpulan One Direction ini dipilih untuk membintangi kempen Gucci Pra-Luruh 2018.

Menampilkannya bersantai bersama haiwan, kempen ini disempurnakan oleh jurugambar Glen Luchford manakala pengarahan seni pula dikelokakan oleh Christopher Simmonds.

Tengoklah! Foto Harry memegang ayam jantan cute sangat, kan?

Foto: Gucci

Yanie Baharom