Ed Sheeran Ciplak Lagu Lama?

Gara-gara bunyinya seakan sama, penyanyi ini dikatakan menciplak lagu orang lain. Benarkah penyanyi Ed Sheeran meniru hasil kerja orang lain ketika menghasilkan lagu Thinking Out Loud?

 Baru-baru ini, penyanyi kelahiran England ini berdepan dengan saman AS$100 juta (RM 400) selepas didakwa menciplak lagu.

Saman yang dikemukakan oleh syarikat yang memiliki sebahagian hak cipta lagu itu, Structured Asset Sales, mendakwa lagu Thingking Out Loud dilaporkan sama dengan lagu berjudul Let’s Get It On nyanyian Marvin Gaye.

Menurut saman itu lagi, lagu yang digubah dan ditulis oleh Ed dan Amy Wadge itu mempunyai melodi, rentak dan teknikal muzik yang sama dengan Let’s Get It On.

Untuk rekod terdahulu, Thingking Out Loud dilancarkan pada 2016 dan pernah mendapat pencalonan Anugerah Grammy menerusi kategori Rekod Terbaik, Persembahan Terbaik dan Lagu Terbaik. Cuba korang pula dengar, agak-agak sama tak?

SGMS Faida