Tolong Hentikan Perkahwinan Bawah Umur, Tiada Tempat Di Sini!

“ Hentikan perkahwinan bawah umur kerana amalan itu tiada tempat di Malaysia,” kata Ketua Wanita Pakatan Harapan, Zuraida Kamaruddin memaklumkan kanak-kanak di Malaysia perlu diberi pembelaan sewajarnya.

Tambah Zuraida, kanak-kanak di Malaysia perlu diberi pembelaan sewajarnya kerana mereka adalah pelapis masa hadapan negara.

“Amalan perkahwinan bawah umur ini mesti dihentikan segera,” katanya melalui satu kenyataan media.

Gambar sekadar hiasan

Beliau berkata demikian ketika mengulas seorang lelaki berumur 41 tahun menikahi seorang kanak-kanak bawah umur, 11 tahun, baru-baru ini.

Selaras dengan manifesto kerajaan, beliau berkata, Pakatan Harapan akan menggubal undang-undang untuk menetapkan umur 18 tahun sebagai had umur minimum perkahwinan.

“Wanita Pakatan Harapan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan nasib anak ini dibela sewajarnya,” katanya.

Beliau juga menyeru pihak berkuasa di Malaysia terutama Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama berkaitan untuk tidak mengiktiraf perkahwinan ini.

“Tindakan perlu diambil ke atas lelaki dan kedua ibu bapa kanak-kanak yang membenarkan perkara ini untuk berlaku,” katanya.

SGMS Faida