Categories: Oh Lawa

Risiko Pakai Seluar Yang Terlalu Ketat. No. 3 Paling Bahaya!

Mungkin ada dalam kalangan anda yang suka pakai seluar yang ketat. Tidak kiralah seluar jeans, slack atau apa juga jenis seluar. Pemakaian seluar yang ketat memang akan kelihatan cantik dan menarik kerana dapat membentuk lekukan bahagian tubuh. Bukan itu sahaja, memakai seluar ketat juga akan lebih ringkas dan mudah untuk bergerak.

Tapi, anda perlu tahu juga pemakaian seluar ketat ini boleh mendatangkan risiko kepada si pemakainya. Lagi-lagi apabila seluar ketat ini dikenakan oleh seseorang yang mempunyai aktiviti padat dan selalu ingin bergerak, tentu akan lebih berisiko tinggi. 

Nak tahu apa antara risikonya? Jom baca ini:

Foto: Brilio

1. Meninggalkan kesan hitam

Untuk pengetahuan anda, seluar ketat akan mempengaruhi bahagian celahan peha. Awalnya mungkin berlaku radang ringan, namun jika prosesnya berlangsung terlalu lama, maka kesan hitam di pangkal peha akan timbul. Kesan hitam yang susah dihilangkan tersebut buatkan peha anda tidak cantik!

2. Menimbulkan iritasi

Pemakaian seluar ketat akan menyebabkan kulit kita sukar untuk bernafas sehingga berpeluh yang menyebabkan kulit menjadi lembap, menimbulkan iritasi dan jamur (cendawan). Keadaan ini akan menyebabkan kulit menjadi gatal terutamanya pada bahagian pinggul sehingga ke pangkal paha. Anda juga mungkin akan mengalami kurap pada bahagian tersebut.

3. Mengalami kemandulan

Bagi golongan wanita yang terlalu kerap memakai seluar ketat akan menyebabkan kemandulan iaitu gangguan organ reproduksi. Cendawan yang tumbuh di sekitar organ reproduksi atau organ intim boleh mempengaruhi produktiviti sel telur sehingga boleh menyebabkan kemandulan. Gatal-gatal pada vagina juga boleh berlaku.

4. Menyebabkan penyakit Paresthesia

Paresthesia adalah penyakit yang membuat penderitanya merasa kesemutan, kebas dan kepanasan seperti rasa terbakar. Pemakaian seluar ketat menyebabkan penyakit ini berlaku dan membuatkan pengaliran darah tidak lancar.

5. Mengalami masalah saraf

Jika anda menggunakan seluar ketat dalam waktu yang lama, ia akan menyebabkan penyakit neuritis dari saraf paha luar atau dipanggil sebagai sindrom Bernhardt. Anda akan mengalami kebas-kebas pada kaki dan akan menyukarkan anda untuk bergerak.

Jadi, lepas ini anda perlu kurangkan menggunakan seluar yang ketat. Mungkin anda boleh tukar dengan menggayakan seluar yang lebih longgar seperti pallazo. Jangan fikir nak bergaya sahaja sehingga anda tidak perasan ia boleh membahayakan kesihatan anda. Jadi, take note ya!

Sumber: Hijabista

tex_admin