Categories: Oh Lawa

Serena Williams berkasut Nike bertatah Swarovski di majlis perkahwinannya!

Cinderella mungkin bertuah kerana mendapat pertolongan daripada  ibu pari-pari serta tikus kartun yang bijak untuk menghasilkan kasut kacanya, namun bagi Michelle Meneses yang diupah Serena Williams  untuk mengubah suai kasut Nike biasa hingga menjadi kasut kahwinnya, beliau hanya mampu bergantung kepada usaha dan bakatnya sendiri.

Untuk majlis perkahwinannya yang bertemakan Disney,  Serena yang juga ratu tenis dunia meminta Michelle menyediakan sepasang kasut yang ‘berkilat tetapi selesa.’ Hasilnya ialah kasut Nike Cortez yang dilitupi dengan batu permata Swarovski.

Foto: Meraki Mishell / @merakimishell

Foto: Meraki Mishell / @merakimishell

“Ia mengambil masa 24 jam untuk siap. Dia menghantar mesej kepada saya mengenai permintaannya pada waktu tengah malam. Kemudian saya mendapat inspirasi untuk kasutnya itu.

“Sebaik sahaja kasut Niki ini dihantar ke rumah, saya terus ‘kerjakannya’ tanpa henti hinggalah tiba masa untuk saya hantar kasut yang sudah siap dihias ini kepada Serena,” kata Michelle kepada Vogue.

Foto: Sole Collector

Cantik dan unik, bukan?

Foto: Pinterest

Foto: Vumalevin.com

Apa salahnya jika anda ingin lari sedikit daripada tradisi? Daripada memakai kasut bertumit tinggi yang elegan, cuba gayakan sepasang kasut sukan yang pastinya jauh lebih selesa.

Sebelum ini pernah ada mempelai yang memilih untuk memakai kasut Converse bagi majlis resepsi mereka. ‘Sempoi’ sangat!

Ingat ya, hari perkahwinan anda ialah milik anda, jadi jangan malu dan jangan segan!

Sumber: Vogue

Ad Ops