Fasha Sandha Sah Milik Aidil Aziz, Selamat Pengantin Baru!

Pelakon terkenal Fasha Sandha selamat bergelar isteri kepada Aidil Aziz pagi ini.

Pernikahan mereka berlangsung di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.

Di majlis pernikahan yang disiarkan di laman Facebook TV3 itu juga menyaksikan Aidil menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Fasha.

Namun begitu, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Fasha kelihatan cukup menawan dalam busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini manakala Aidil tampak segak dalam persalinan juga serba putih.

Pasangan ini turut mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu.

Untuk rekod lama, Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram Ramli pada April 2012 namun bercerai pada Januari 2016.

Fasha memiliki dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma hasil perkahwinan terdahulu. Selamat Pengantin Baru Aidil & Fasha!

SGMS Faida