Categories: Oh Lawa

Sering tergaru-garu sebab kelemumur? Ini shampu pilihan Elfira Loy yang sesuai untuk wanita bertudung

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Wanita bertudung di negara ini pasti memahami betapa seksanya apabila kulit kepala dijangkiti kelemumur.

Cuaca yang tidak mengizinkan sering mengakibatkan masalah kulit kepala ini tidak selesai.

Lebih memburukkan keadaan, sudah lebih berpuluh produk shampu digunakan untuk menghentikannya, tetapi tetap tidak berkesan.

Begitupun, ramai tidak tahu salah satu punca kelemumur adalah disebabkan tabiat menukar shampu kepada jenama berlainan.

Oleh itu, jika anda masih lagi tercari-cari shampu yang sesuai dengan kulit kepala anda, apa kata anda cuba shampu daripada jenama Rejoice ini.

Rejoice kembali lagi dengan shampu khas untuk wanita bertudung yang dinamakan sebagai Hijab Perfection Series.

Menurut Pengarah Komersial Penjagaan Kecantikan P&G Malaysia, Sahil Sethi, “Rejoice sentiasa menjadi jenama yang pertama dalam melancarkan shampu dua dalam satu. Kami berharap shampu khas untuk wanita bertudung ini akan menjadi penyelesaian bagi masalah kulit kepala mereka,” ujarnya ketika majlis pelancaran di Mydin USJ, baru-baru ini.

Ini perkara menarik yang anda patut tahu mengenai shampu terbaru yang menjadi pilihan Elfira Loy selaku duta utama Rejoice Hijab Perfection Series ini!

Foto: Rejoice

Mengurangkan masalah kelemumur

Kelemumur sememangnya menyakitkan hati. Dengan formulasi terbaru daripada Rejoice yang dirumus khas untuk wanita bertudung, masalah kelumumur dapat dikurangkan.

Menyejukkan kulit kepala

Formulasi menthol yang terkandung dalam shampu menjadikan kulit kepala pengguna terasa sejuk sepanjang hari.

Haruman yang menyenangkan

Bau wangi daripada bunga kasturi akan menjamin keselesaan dan meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang lain.

Memberi kesan lurus pada rambut

Sesuai dengan trademark produk penjagaan rambut Rejoice, shampu daripada siri ini akan memberikan kesan rambut yang lurus.

Maklumlah, pemakaian tudung sepanjang hari kadangkala akan mengusutkan rambut.

Dengan penggunaan shampu jenis ini, rambut anda akan kekal lurus sepanjang hari.

Shampu dan perapi Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ boleh didapati dalam tiga saiz berbeza iaitu dalam isipadu 170ml, 340ml dan 600ml.

Produk ini sudah pun dijual di semua cawangan Mydin dan kedai runcit utama di Malaysia.

Jika anda ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai Rejoice Hijab Perfection Series, layari laman Facebook https://www.facebook.com/rejoicemalaysia/

tex_admin