Categories: Oh Lawa

Soya Bagus Untuk Kecantikan Kulit? Ini Antara Khasiatnya

Tahukah anda, kacang soya sangat bermanfaat kepada kesihatan kita. Bukan sahaja kaya dengan sumber protein yang tinggi, malah kacang soya juga mempunyai pelbagai khasiat yang lainnya.

Pengambilan makanan soya boleh mengurangkan kadar kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Bukan itu sahaja, soya juga mempunyai beberapa kesan positif pada kulit kita.

Ia dikatakan sebagai bahan penjagaan kulit yang mampu mengurangkan kedutan, membaiki kerosakan disebabkan cahaya matahari dan dapat membantu menegangkan kulit yang berkedut. Nak tahu kebaikan yang lain untuk kulit? Jom kita semak!

Foto: Merdeka.com

1. Bahan pelembab

Kalau anda nak tahu, soya digelar sebagai pelembap ‘pintar’ kerana berkebolehan secara semulajadi untuk melembabkan kawasan kulit yang kering sekaligus mengurangkan kulit berminyak di bahagian kulit yang lain. 

Jenama-jenama pelembab yang mengandungi soya dikatakan dapat membantu melembutkan dan melicinkan kulit serta meratakan warna tona kulit.

2. Kedutan

Soya mengandungi sejenis bahan isoflavon yang dipanggil sebagai saglycones yang dapat membantu dalam memperbaiki penampilan penuaan kulit termasuklah mengurangkan garis-garis halus kedutan pada wajah.

3. Menegangkan kulit

Selain itu, soya juga dapat membantu dalam meningkatkan ketegangan kulit dengan menggalakkan penghasilan kolagen. Kolagen dan fiber merupakan bahan yang bertanggungjawab dalam proses menegangkan kulit.

So, bagi anda yang nak kulit sentiasa cantik, ambillah makanan mahupun minuman yang mengandungi kacang soya. Semoga bermanfaat!

Sumber: WOM

tex_admin