Categories: FeaturedOh Lawa

Tukar Imej Tudung, YB Nurul Izzah Dipuji Netizen!

Terkenal dengan kesetiaan pada tudung bawal sejak 20 tahun yang lalu, ahli parlimen Permatang Pauh YB Nurul Izzah buat pertama kalinya telah mencipta sejarah dengan memakai shawl

Nurul Izzah telah memuat naik gambar beliau menerusi Instagram dengan memakai shawl bercorak petak yang dipadankan dengan anak tudung berwarna kelabu ketika menghadiri majlis mengangkat sumpah di Dewan Rakyat baru-baru ini. Memang nampak lain wajah YB!

Nampak cantik dan comelkan? Gaya terbaharu Nurul Izzah ini juga telah mendapat pujian daripada pengikut di laman Instagramnya. Memang ramai yang memuji imej beliau kerana kelihatan lebih mudah dan up-to-date berbanding dengan gayanya yang memakai tudung bawal.

 

Agaknya Nurul Izzah akan kekal ke dengan imej sebegini? Kita tunggu dan lihat saja lah ya!

Sumber: Instagram Nurul Izzah

tex_admin