Categories: Oh Lawa

Tip Pilih Jam Tangan Ikut Acara

Jam tangan bukan sekadar aksesori yang digayakan di pergelangan tangan dan berfungsi untuk memberitahu masa, malah ia juga menjadi pelengkap gaya yang mencerminkan personaliti dan latar belakang si pemakai.

Terdapat banyak jenis serta pilihan rekaan jam tangan di pasaran yang boleh dimiliki mengikut citarasa masing-masing. Namun, pemilihan jam yang betul sangat penting agar tidak mencacatkan penampilan si pemakai.

Selain memilih jam tangan yang sesuai untuk warna kulit dan bentuk pergelangan tangan, pemakaian jam yang tepat mengikut acara juga perlu dititikberatkan. Berikut merupakan tip untuk memilih jam tangan yang sesuai mengikut acara.

1. Sukan

Bagi wanita yang aktif bersukan, rekaan jam tangan digital yang kasual merupakan pilihan terbaik. Gaya ini lebih sporty dan sesuai untuk melakukan aktiviti lasak.

2. Acara rasmi

Pilihan jam jenis analog dengan tali kulit atau logam akan memberi sisi kemas dan elegan kepada si pemakai yang menghadiri acara-acara rasmi, korporat, berjumpa klien mahupun ke pejabat.

3. Makan malam

Saat menikmati makan malam istimewa dengan pasangan, pilihlah jam tangan stainless kerana ia akan memberikan kesan classy, mewah dan menawan dalam penampilan anda.

4. Kasual

Jam tangan digital berkelas dari material kulit sangat sesuai untuk acara kasual. Gaya ini akan memberi penampilan moden pada si pemakai.

5. Majlis perkahwinan

Pilihan model jam tangan bracelet dipadankan pula dengan aksesori gelang akan menampakkan sisi ayu dan menawan di majlis perkahwinan.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

Ad Ops