Categories: Oh Lawa

Uniknya… Ini lima gaya anting-anting yang perlu ada dalam gerobok fesyenista!

Aksesori bukanlah satu perhiasan wajib dipakai setiap hari. 

Namun begitu apabila dianggap sebagai pelengkap gaya pada saat anda berpakaian minimalis, aksesori adalah penyelamat yang membuatkan penampilan tampak menyerlah.

Jika 2018, anting-anting dengan perincian floral dan motif marmar menjadi kegilaan dalam kalangan fesyenista, bagaimana pula untuk tahun ini? Jom kita lihat! 

1. Anting-anting gegelung klasik dan manik berwarna

Foto: Line Today

Tidak sekadar anting-anting gelung, himpunan anting-anting jenis ini bagi 2019 menyaksikan perincian batu-batu kecil yang menawan dengan sentuhan warna terang!  

2. Anting-anting bertindih

Foto: Line Today

Supermodel Gigi Hadid memulakan trend anting-anting jenis ini sehingga menjadi satu koleksi yang sangat popular pada tahun lalu. Rekaan bentuk yang ringkas diperindahkankan dengan butiran mutiara atau manik dan dipakai pada bahagian atas telinga. Stailo habis! 

3. Tema berbunga

Foto: Line Today

Anting-anting dengan perincian bunga tampaknya masih menjadi aliran terkini pada 2019! 

4. Anting-anting corak tidak sepadan

Foto: Line Today

Buat anda yang ingin mencetuskan kelainan dalam penampilan, anting-anting yang satu ini wajib ada dalam senarai aksesori yang perlu dimiliki anda.  Anting-anting dengan corak berbeza ini mewujudkan kelainan kepada si pemakai. 

5. Anting-anting ’penyataan’

Foto: Line Today

Nampaknya anting-anting jenis ini (statement earring) yang pernah popular tahun lalu terus diminati. Bagaimanapun inovasi dalam rekaan menjadikan ia tampil lebih menarik dan mengikut perkembangan semasa.

 

Sumber: Line Today

 

Yanie Baharom