Categories: Parenting

Inginkan Anak Yang Soleh Dan Solehah? Amalkan 16 Doa dan Surah Ini

Ramai ibu dah sedia maklum tentang surah yang perlu diamalkan ketika mengandung yang baik untuk diri sendiri mahupun anak dalam kandungan.

Tetapi masih ada ramai ibu yang belum tahu bahawa adanya doa-doa khusus untuk zuriat mereka supaya menjadi anak yang soleh dan solehah. 

Amalan membaca doa sepanjang tempoh kehamilan ialah ikhtiar murni bagi para ibu yang menginginkan hanya yang terbaik buat anak-anak mereka.

Foto: aloefera.com

Dalam membentuk keperibadian dan akidah hebat untuk anak, memang itu adalah tugas ibu-bapa untuk mencorakkannya.

Jadi cara terbaik adalah dengan mendidik mereka dengan doa-doa dan zikir sejak dari dalam perut lagi.

Amalan ini bukanlah bagus untuk bayi sahaja, malah untuk ibu. Berdoa dan berzikir setiap masa untuk mengingati Allah merupakan tanda diri kita sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan kebaikan yang Allah titipkan setiap saat kepada kita.

foto : muslim.or.id

Mengingati Allah dan memperbanyakkan membaca Al-Quran dapat menenangkan jiwa dan memberi kesan positif pada ibu dan bayi dalam kandungan.

Terdapat 16 nama surah dan doa yang anda boleh amalkan bukan saja semasa mengandung tapi juga selepas solat. Ini kerana setiap ayat dalam Al-Quran terdapat banyak fadhilat yang bukan saja baik untuk anak-anak tapi untuk kesejahteraan dalam hidup.

Jom baca!

Foto : mamawidad.com

Yanie Baharom