Warga Selangor, korang dah bayar Zakat Fitrah atau belum? Kalau belum, jom sama-sama buat bayaran sekarang.
Semoga dengan perbuatan kita ini, orang disekeliling dapat bersama-sama merasai dan menikmati kehidupan yang lebih baik.
Bagi pengetahuan korang, kadar Zakat Fitrah di Negeri Selangor pada bulan Ramadan tahun 2023 ,bersamaan 1444 Hijrah telah ditetapkan sebanyak RM7, RM14 dan RM21 seorang.
Kadar-kadar ini ditentukan berdasarkan harga beras yang dimakan oleh pembayar zakat.
Berikut senarai kadar bayaran untuk rujukan korang.
1. Kadar RM7 – Beras super special tempatan (Kupon berwarna hijau)
2. Kadar RM14 – Beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi (Kupon berwarna merah)
4. Kadar RM21 – Beras jenis basmati, beras Jepun, beras merah dan setaraf (Kupon berwarna oren)
Pastikan korang bayar zakat melalui PAF berdasarkan kad tauliah dan sijil lantikan yang disahkan oleh Lembaga Zakat Selangor.
Selain itu, Lembaga Zakat Selangor turut menyediakan Zakat On Wheels di lokasi strategik seperti di masjid, bazaar Ramadan, pasar tani, pasar raya dan sebagainya bagi memudahkan urusan pembayaran zakat.
Bukan itu sahaja, korang juga boleh membuat pembayaran Zakat Fitrah dan Zakat Harta melalui saluran-saluran online yang sahih seperti di bawah.
1. EZakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my
2. Perbankan internet
3. Portal MyEg
4. Pos Online
5. Aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost
Kini, 18 cawangan Lembaga Zakat Selangor termasuklah cawangan zakat UTC Shah Alam beroperasi selama 7 hari seminggu bagi memudahkan proses pembayaran zakat.
Waktu urusan adalah seperti berikut:
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis & Jumaat: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Hari Sabtu, Ahad dan cuti umum: 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
Oleh itu, gunakan peluang ini untuk menjalankan rukun islam yang keempat iaitu mengeluarkan zakat bagi menjamin kemaslahatan masyarakat.
Muat turun aplikasi Zakat Selangor di Google Play Store untuk versi android dan Apple App Store untuk versi iOS bagi memudahkan urusan pengiraan dan pembayaran zakat korang sekarang.
Jangan buat main fasal anak ya!
Ini penjelasan Redza
Kita serahkan pada pihak berwajib lah ye!
"Disebabkan tindakan saya, inilah harga yang paling mahal saya perlu bayar," - Aliff Aziz