Categories: TECH

Facebook, Instagram Dan Whatsapp Alami Gangguan

Nyawa setiap orang sekarang adalah telefon. Tanpa telefon kehidupan seperti tidak lengkap. Mengikut zaman terkini, jika tidak mempunyai wang pun tidak mengapa tetapi mestilah ada telefon. 

Tapi bagaimana pula bila telefon ada tetapi applikasi seperti Facebook, Instagram Dan Whatsapp masing-masing mengalami gangguan teknikal. Boleh jadi buntu sebentar. Ada pula yang tak keruan seperti ayam berak kapur.

Umum mengetahui, Facebook, Instagram dan Whatsapp dijalankan dalam satu syarikat yang sama. Ketiga-tiga sosial media ini didakwa mengalami masalah sejak petang tadi.

Ini menyebabkan pengguna tidak dapat memuatnaikkan sebarang gambar dan video mahupun status di laman sosial media.

Menurut Glasgow, hal ini sudah terjadi sejak petang tadi di beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat. Namun, masalah ini sudah berlarutan di seluruh negara termasuklah di Malaysia.

Punca kejadian masih tidak jelas walaupun 82% pengguna sudah melaporkan masalah tersebut serta 11% berlaku di laman web dan 6% pengguna tidak dapat log masuk.

Sebarang maklumat lanjut masih belum ada sebarang kenyataan rasmi oleh pihak laman sosial tersebut.

Sumber: Glasgow.ukMirror.uk

SGMS Enal